'Pengalaman Budak Zaman 90an Kena Denda Dengan Guru..'
Assalamualaikum semua dan terima kasih kepada cik/encik admin jika menyiarkan konfesi saya ni.. Kalau tak tersiar pun admin bolah baca untuk tatapan admin.. Hehee
Okay let’s straight to the point.. Seperti yang kita tahu, sehari dua ni kita dikecohkan dengan viral pelajar sekolah kena denda duduk atas jalan tar oleh ibubapa pelajar terbabit sebab lambat datang ke perhimpunan.. Okey tu baru duduk atas jalan tar dah kena viral habislah nama sekolah sekali popular.. hehehe
Ni akak nak cerita pengalaman akak kena denda masa akak masih bersekolah dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3 sebab tingkatan 4&5 sekolah teknik.. Mak aih masa akak bersekolah dulu bukan main ketat lagi peraturan sekolah akak.. Denda yang akak sendiri penah rasa:
1. Rotan kalau datang lambat ke sekolah.
Padahal kami yang datang lambat ke sekolah ni bukan lah salah kami kerana kami menaiki van/bas jadi kalau bas lambat sampai kami pun lambat juga lah.. Sampai2 je, pengawas sudah sedia nak ambil nama.. Senyum semewek pun pengawas tak nak layan.. Tetap jugak kena bagi nama, lepas tu tunggu jela pengumuman panggil nama jumpa cikgu kauseling dan cikgu disiplin. Cikgu disiplin kami waktu tu mak aih garanggg, rotan besau jari telunjuk berukuran satu depa akan menjadi sajian kami yang lambat2 ni tadi.. Dan kami redha sob sob

2. Kena pakai kain batik dan tudung labuh warna hitam..
-Hakak ni dulu antara pelajar yang nakal tapi otak brilliant. Jadi akak ni pun antara yang pelajar yang suka beronar.. Nak dijadikan cerita zaman akak dulu, tudung singkat dan kain meleret tu satu trending.. So akak antara yang up to date follow ikutan zaman tu lah.. haahaa.. So bila cikgu disiplin perempuan buat spotcheck dalam kelas, siapa2 yang memakai tudung singkat ni akan dipanggil ke bilik disiplin.. Kat bilik disiplin tu kena rotan yang sebesau jari telunjuk tu wajib, lepas da kena rotan tudung yg singkat tadi kena potong plak dekat bahagian belakang sampai ke atas bra, lepas tu kami dikehendaki tukar pakai tudung labuh warna hitam tebal plak tu sepanjang hari persekolahan.. dari pagi sampai balik, kau menangis kau merayu hape pun tak dapat.. Tunggu jelah waktu balik pergi jumpa balik cikgu tu tukar tudung.. Dan sudah semestinya tudung yang sudah kena potong tu tidak boleh dipakai lagi sebab sudah terlampau singkat.. Kalau di alter bertambahlah kesingkatan beliau dan akhirnya hanya mampu dibuang.. berhuhuhu
-Selain daripada itu, kami yang memakai kain meleret, kain senteng atau tidak memakai kain dalam/lapik bagi perempuan dan pakai seluar kaki besar atau kaki kecil skin head akan dikenakan denda pakai kain batik lusuh bagi perempuan dan kain pelikat lusuh bagi lelaki sepanjang waktu pembelajaran.. Sampai lah balik baru boleh tukar..

3. Lain-lain denda
Selain dari yang diatas, denda2 lain yang penah dirasai adalah berlari keliling padang sekolah dengan memakai baju kurung seragam sekolah andai tidak menyiapkan kerja sekolah atau tertinggal buku teks, berdiri diatas meja dan kerusi jika tidak dapat menjawab soalan yang ditanya, kena cubit, kena berdiri atas kerusi luar kelas, kena rotan atas jari kalau kuku panjang, kena rotan atas betis kalau tidak memakai stoking atau stoking bercorak..

Huishh… kalau nak diceritakan semua denda-denda yang pernah kena banyak lagi ni.. tapi masa tu, memang tak terfikir nak mengadu kat mak ayah ke berdendam dengan cikgu ke apa sebab sendiri tahu kesalahan itu berpunca dari dirisendiri.. Mak ayah tahu bila ada kawan lain cerita dekat mak ayah dorang dan mak ayah dorang cerita kat mak ayah akak.. Berapa banyak mak ayah daa.. Hehehe sorry.. So bila mak ayah akak tahu, adoi bernanah telinga kena marah.. Penah mak tambah lagi pakai penyangkut baju jenis besi tu.. Sakit woii
Kalau la, denda-denda macam tu masih ada dizaman viral sekarang ni tak tau la apa jadi dengan cikgu dan sekolah tersebut.. Mahu kosong cikgu kat situ sebab semua duk dalam lokap atas kesalahan denda pelajar.. huhuu Tapi disebabkan denda-2 tersebutlah akak boleh dikatakan belajar nakal yang berjaya.. Dapat tawaran ke teknik yang top 5 seluruh malaysia masa tu, dapat masuk universiti dan dapat pegang jawatan yang akak pegang sekarang ni.. Semua ni adalah jasa daripada cikgu-cikgu yang mendidik saya menjadi manusia.. Terima kasih teacher (cikgu disiplin perempuan) sebab teacher saya jadi suka subjek bahasa inggeris walaupun salu kena denda tapi teacher ajar best..
Sorry kalau konfesi ni terlampau panjang sebab pada pandangan saya ramai sangat ibu bapa yang suka menyalahkan cikgu walaupun kesalahan cikgu tu tak seberapa jika nak dibandingkan dengan jasa mereka mengajar.. Ibubapa jika tidak mahu anak2 anda didenda, please ajar mereka ikut peraturan yang telah ditetapkan.. Sekian, terima kasih
Post a Comment