Rupa Paras Membawa Kebahagian... Cantik Tapi Toilet Tak Reti Nak Flush...
Assalamualaikum semua.
Tujuan saya menulis entri kali ini bukanlah untuk brainwash atau menjatuhkan mana-mana pihak tapi apa yang saya dapat lihat dari remaja sekarang, ramai yang lebih menumpukan perhatian kepada rupa. Penting sangat ke rupa? Ya, saya tak nafikan yang rupa ni penting, tapi kalau rupalah yang paling kita pentingkan, jangan terkejut kalau sampai satu tahap ia akan memakan diri sendiri.
Entri saya ni mungkin panjang lebar tapi saya harap penuh dengan iktibar. Rasulullah pun ada bersabda,
“Nikahilah wanita dalam empat kategori: Hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu.”
Di sini pun sudah ditekankan, pilihlah wanita berdasarkan agamanya, tapi kalau kita lihat realitinya sekarang? Ramai yang lebih melihat kepada rupa. Saya sebagai seorang perempuan sendiri, saya boleh dikatakan biasa-biasa je. Saya bersyukur tak ada lelaki yang nak kacau saya sebab saya biasa-biasa je. Saya tulis ni pun bukan sebab nak perhatian lelaki, tapi apa yang saya nampak, lelaki sangat mudah tertipu hanya kerana rupa.
Disclaimer: saya hanya bercerita di atas pengalaman saya sendiri. Tak semua lelaki pilih berdasarkan rupa dan tak semua perempuan lawa perangai macam apa yang saya nak ceritakan. Ada je yang baik cuma saya nak tunjuk realiti sebenar yang tak semua manusia perfect. Sorry kalau ayat kasar sebab saya tak reti nak baik baik kan ayat dia.
Saya banyak cerita realiti perempuan sebab saya banyak menghabiskan kehidupan dengan perempuan daripada lelaki. Jadi sebenarnya saya tak menuding jari kepada perempuan sepenuhnya. Lainlah kalau saya pernah hidup dengan lelaki, kalau macam tu dua-dua saya cerita sekali. Apa lebihnya perempuan ada rupa dari perempuan yang biasa-biasa je? Perempuan yang ada rupa dapat membawa lebih kebahagian ke? You’re a fool if you think it that way. Saya duduk sebumbung dengan mereka yang jenis suka melawa, saya tak berapa nak bahagia duduk serumah dengan housemates yang lawa. Bukan sebab saya jealous, langsung tak, saya tak pernah kisah pasal rupa orang sampai nak jealous macam tu sebab saya sejujurnya bersyukur dengan rupa saya walaupun orang tak pandang.
Apa yang saya nak tekankan ialah, kalau ada rupa tapi toilet tak reti nak flush sampai satu rumah kena tolong flushkan untuk dia, berbaloi ke dapat perempuan macam tu? Disebabkan rupa, nak tolong kemas rumah pun susah. Mungkin jatuh saham kalau tolong kemas rumah? Or nanti tangan kotor takda siapa yang nak? Cuba fikir berapa banyak perempuan keluarkan duit untuk makeup sahaja? Dah mencapai beratus dah. Belum baju lagi? Tudung? Lelaki mudah jatuh cinta disebabkan rupa, tapi bila perempuan beli makeup, baju mahal mahal mula nak complain? Sebelum together tak fikir ke semua ni? Selama ni perempuan melawa, fashion meletups guna apa? Semestinya duit. Ramai lelaki complain nak perempuan yang boleh jaga poket dia, tapi kalau dah pilih yang jenis high class, kenapa nak complain lagi?
Yang aku tak tahan dengan perempuan jenis tahu dia lawa ni, kalau ajak makan, selalu nak kedai mahal je. Maybe kedai mahal lawa sikit kot gambar nanti. Tapi kalau kedai mahal, portion sikit, aku yang menanggung lapar. Ajak keluar mamak pun susah sampai pandang rendah kat aku konon macam aku ni takda duit sangat. Apa salah aku? Kalau nak belanja okaylah sampai nak judge aku macam tu, tapi ni aku yang kena bayar sendiri. Hanya kerana rupa, terus stereotype. Memang semua perempuan ada rupa baik ke? Sorry, awek kau memang lawa tapi aku langsung tak ngam nak kawan dengan awek kau. Sombong tu okay lagi sebab sekurang-kurangnya dia tak layan aku, tapi jenis sombong sampai nak kutuk aku? Jangan sebab kau lawa je, kau fikir kau ada hak nak jatuhkan orang-orang macam aku. Aku tak kacau hidup kau pun, kenapa nak rasa hidup terancam dengan aku?
Ada pulak jenis yang mencarut tak lekang di bibir. Maybe mencarut dilihat cool, tapi bagi aku? Aku rasa nak berdarah dah telinga menadah segala carutan. Aku pun tak faham jenis lelaki yang cakap dia nak perempuan yang lemah lembut tapi bila tengok girlfriend yang dia pilih, mencarut boleh diumpamakan suatu kewajipan. Hanya kerana rupa, perkataan mencarut itu seperti takda apa-apa? Kalau perempuan biasa-biasa mencarut, mula nak tegur tapi kalau perempuan lawa yang mencarut? Ramai support sampai yang tegur pun kena marah balik. Apakah semua ini? Lelaki yang complicated atau wanita? Senang cerita, dua-dua complicated.
Elok pilih yang beragama tapi kena lihat juga akhlak dia. Kalau beragama tapi akhlak tiada pun tak elok juga. Contohnya, ada je yang beragama tapi jenis nak perli orang yang tak berapa nak alim macam dia, boleh je tegur dengan elok. Ataupun beragama tapi sama juga perkataan mencarut tak pernah lekang di bibir. Kita memang nak mencari yang boleh bagi kita kebahagian, tapi fikir juga yang boleh membawa perubahan. Dunia sekarang dengan ekonomi bagaikan ombak di lautan, adakah rupa yang menjadi pengukur? Kalau ramai yang lihat rupa, mesti lagi ramai yang nak jadi cantik semata-mata nak perhatian. Kalau kita fokus kepada yang boleh memberi manfaat kepada diri kita, yang berilmu, bijak dan yang mempuyai kesopanan? Tentu ramai juga yang nak jadi sopan dan boleh membawa manfaat kepada semua. Akhlak seseorang memang menunjukkan segalanya.
Adakah mereka yang tak berakhlak yang kita nak habiskan sisa kehidupan bersama, yang akan membesarkan anak-anak kita? Tak ke nanti akan meramaikan lagi generasi yang kurang berilmu dan berakhlak? Semua ada kelemahan masing-masing. Tapi ilmu itu satu kewajipan. Bagi saya, elok lagi mereka yang sentiasa dahagakan ilmu walaupun tak berapa nak bijak daripada mereka yang bijak lalu terus riak. Maksud saya di sini, lelaki, belajarlah rajin-rajin. Lelaki akan menjadi pemimpin. Dengan ekonomi macam ni, ada masa lagi ke nak main-main?
Tak lama lagi nak menyara isteri dan keluarga. Nak memberi keperluan dan memenuhi kemahuan anak isteri. Takkan nak salahkan isteri dan anak yang suka belanja tapi kita sendiri tiada usaha? Usahalah untuk masa depan biar anak isteri dapat disara dan dijaga. Nafkah itu tanggungjawab suami, jadi bagi saya suami tiada hak nak mempersoalkan tentang rezeki isteri. Isteri yang taknak bagi harta yang telah dia kerjakan kepada suami tidak dikira nusyuz. Tapi kalau suami yang tak kasi anak isteri nafkah? Jadi janganlah terlalu mengejar dunia, mengejar rupa sampai pelajaran tah ke mana.
Mulalah dari sekarang untuk melihat dunia jauh kehadapan, jika tidak dapat melihat dunia, sekurang-kurangnya lihatlah kehidupan sendiri jauh kehadapan. Jangan terlalu menuding jari kepada wanita bila kita sendiri yang memilihnya. Lelaki nak perempuan yang perfect, tapi diri sendiri, cerminlah dulu. Cantikkan diri sendiri dulu, jangan pandai nak kutuk orang tak melulu. Jangan terlalu rasa diri ini sentiasa bagus sampai perempuan yang kurang sikit, dianggap hina terus. Kalau nak yang baik, beradab, kita pun kena jaga akhlak dan adab. Hanya kerana kita lelaki, kita ada hak nak mencarut sesuka hati? Manakah akhlak dan adab yang perlu ada pada seorang lelaki? Maksud saya di sini juga bukan semua perempuan lawa jahat dan bukan semua perempuan biasa-biasa tu baik. Maksud saya jangan terlalu kejar rupa, pilihlah yang berakhlak kerana itulah yang lebih baik sebab kita akan menghabiskan sisa kehidupan lebih dengan perangai dia dari rupa. Ada je perempuan lawa memang sangat baik sampai saya pun berkenan kalau boleh nak dapat menantu macam dia. Ingatlah rupa bukan segalanya. Rupa tidak berapa nak membawa kebahagian. Sorry kalau cerita saya ni agak tersimpang tapi saya harap semua dapat pengisian, terima kasih sudi baca. – Gadis Pensel Tumpul
Kredit : IIUM Confession
Post a Comment