Suami Bertopengkan Syaitan,Didera & Diliwat Suami Selama 27 Tahun
Setiap individu yang berkahwin mengimpikan satu kehidupan yang bahagia kerana rumahtangga yang bahagia menjadikan penghuni-penghuninya dapat hidup dalam suasana tenang, harmoni dan selesa. Dan menjadi lumrah seorang wanita memilih calon suami yang mempunyai pegangan agama yang kukuh.
Namun lain pula perkongsian yang kami baca. Geram marah dan kecewa dengan kisah wanita ini. Seorang suami yang bertopengkan syaitan apabila sanggup mendera isteri sebegini rupa. Benar kata orang, doa orang teraniya sangat mujarab. Semoga kakak ini terus kuat menjalani kehidupan. Hmm
Berdoa agar suami diambil nyawa
Selepas 27 tahun suaminya kemalangan&lumpuhmeliwat
Suami kuat agama namun sering dipukul dan diliwat
Doa orang yang teraniaya tiada hijabnya.
Minggu lepas saya dihubungi seorang kakak. Beliau kongsikan penderitaan didera suami selama 27 tahun & minta saya kongsikan di sini sebagai pengajaran untuk semua. Kebanyakan mesej beliau dalam bahasa inggeris, jadi saya ceritakan semula supaya semua boleh faham.
Kakak ni seorang wanita bekerjaya. Berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga. Mak ayah beliau suka sangat dengan lelaki tu sebab beragama. Senang cerita, selalu berjemaah di masjid & kalau bersembang dengan orang mulut tak lepas sebut nama Allah, nabi, dan cakap pasal islam.
Mula-mula kawin semuanya indah belaka sampailah satu hari, suaminya minta bersetubuh dari belakang. Kakak ni menangis, merayu, meronta-ronta kata jangan. Suaminya jadi marah, tumbuk muka sampai mulut berdarah. Dan beliau diliwat tanpa belas kasihan. Mulai hari tu, setiap kali bersama, beliau akan dipukul & diliwat. Tapi suaminya pandai, dia pukul kat tempat tersembunyi supaya anak-anak & orang lain tak nampak kesan lebam, terutamanya dipayudara.
Masih menjalankan tanggungjawab walaupun suami lumpuh
Macam tu lah selama berkahwin. Suaminya memang baik, tiap hari ke masjid. Jalankan tanggung jawab sebagai suami, ayah, dan ketua keluarga. Disayangi semua orang. Kerja bagus. Tapi suka meliwat & belasah isteri bila bersama. Sampai satu masa, beliau dah tak tahan. Setiap hari berdoa supaya Allah ambil nyawa atau cacatkan suaminya. Bertahun-tahun kakak ni menangis sambil berdoa. Beliau takde tempat nak luahkan perasaan. Kalau cerita pada orang, beliau takut takde siapa yang percaya sebab dimata masyarakat, suaminya orang yang disanjung tinggi.
Satu hari mereka kemalangan jalan raya. Suaminya cedera parah. Sekarang suaminya lumpuh, tak boleh bergerak. Beliau yang menjaga suaminya siang malam. Setelah 27 tahun menderita, bertahun-tahun berdoa siang malam, akhirnya Allah perkenankan doa beliau agar tidak didera lagi. Hebatnya kakak ni, tetap jalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri.
Sesungguhnya doa orang teraniaya tiada hijab disisi Allah. Jika teraniya, jangan pernah putus berdoa. Teruskan berdoa tanpa rasa penat.
Sila tinggalkan komen yang baik-baik. Sekian.
sumber: ohbulan.com
Post a Comment