Untunglah Orang Sabah Kerana Dato Aliff Nak Ajar Anda Teknik Berniaga
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Haa, macam peribahasa melayu kita ni, kalau kita nak sesuatu dalam hidup kita, kita kena usaha lah. Nak nak lagi, kaum melayu ni. Dah dah lah tu bergolek sambil tengok tv tu, jangan lah berharap rezeki jatuh datang bergolek dekat kita.
Tengok Dato Alif Syukri tu, dulu dia pun start dari kosong, dari takde pape jugak. Tapi dia tak malas, dia usaha untuk capai apa yang dia dapat sekarang, dia ada goal. Dari niaga dekat pasar tani, alhamdulillah sekarang dah ada wisma, dia mampu ada ferrari. See, takde siapa yang tak tahu tentang kejayaannya, tambah lagi, Dato ni bukan nak kaya sorang sorang, dia nak tolong lagi orang lain supaya jadi macam dia. Dato Alif ni memang sangat terror bab bab business, ni bukan cakap sembang takde bukti, tapi tengok business dia, sampai ke luar negara haa. Tengok marketing strategy Dato, sangat hebat. Dato Alif hebat, D'herbs pun hebat :)
Ni nak bagitau sikit, tak lama lagi Dato Alif ni nak pergi ke Sabah, dia nak ajar teknik teknik perniagaan pada orang sana. Tak cukup semenanjung, orang sabah pun dia nak tolong jugak. Haa, so apa lagi semua, boleh lah berebut pakat nak jumpa Dato Alif ni. Pergi sedut sebanyak mungkin ilmu berniaga dari dia, jangan risau, Dato Alif ni tak kedekut ilmu orangnya. Program ni bertempat di Dewan Mandarin, Kota Kinabalu, Sabah dan diadakan pada 22 November 2016 iaitu pada hari selasa pada jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Program ni bukan orang sabah je k yang boleh pergi, orang dari lain pun boleh pergi. Nanti boleh lah sama sama kita berjaya, tak gitu? Kalau ada apa apa pertanyaan mengenai program ni, korang boleh hubungi 013-5500633 (Eddy Rabbain)
Post a Comment