Header Ads

'Fresh Graduate' Mahukan Gaji Mereka RM6.5k..Tidak Realistik Sungguh!




Permintaan gaji yang tidak realistik seperti meminta dibayar gaji sebanyak RM6,500 apabila memohon pekerjaan pertama ialah sebab utama graduan baru tidak diambil bekerja.

Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh Jobstreet.com bulan lalu, 68 peratus majikan memberitahu kebanyakan graduan baru meminta gaji yang tidak realistik.

Kira-kira 30 peratus daripada graduan baru meminta gaji sehingga RM6,500 sebulan untuk hidup selesa.

Lima sebab utama mengapa graduan baharu tidak diambil bekerja:

1. Mereka meminta gaji yang tidak realistik
2. Lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris
3. Terlalu memilih kerja atau syarikat,
4. Kelemahan kemahiran komunikasi
5, Perwatakan, sikap dan personaliti yang tidak memuaskan

Menurut kaji selidik itu lagi, faktor-faktor yang mendorong graduan baharu meminta gaji yang tidak realistik ialah bantuan kewangan daripada ibu bapa mendedahkan mereka kepada gaya hidup mewah semasa kehidupan sebagai pelajar dan ibu bapa tidak lagi memberi bantuan apabila mereka mula bekerja.r



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.