Header Ads

SELEKEH SELEBET!! hina hanya kerana anak si Pemandu teksi Kini KAK KIMAH bergelar Jutawan



Jom saksikan dulu video ini
KS tertarik untuk mengetahui siapakah gerangan gadis cantik ini yang hantarannya berharga 50k ini.

Siapa Kak Kimah?

Disebalik senyuman manis yang menghiasi raut wajah gadis yang berusia 26 tahun ini dikenali dengan nama panggilan KAK KIMAH berasal dari Pasir Mas, Kelantan anak sulung dari 5 orang adik beradik berasal dari keluarga yang susah, dia menyimpan seribu kisah duka hanya kerana bergelar seorang anak pemandu teksi yang selekeh dan selebet

Perjalanan Hidup Kak Kimah

Jom kita selami kenangan lalu di waktu alam persekolahan beliau suatu ketika dulu, dimana Kak kimah ke sekolah setiap hari menaiki teksi ayahnya dan terpaksa berhimpit dalam  teksi ayah bersama pelanggan teksi yang lain bagaikan "IKAN SARDIN" dan ada ketikanya kadang penuh dengan penumpang lain dalam teksi ayah. Namun kerana memikirkan itulah rezeki keluarga kak kimah terpaksa akur dan turutkan. 
Selain itu, pernah juga ada ketika ayah tiada pelanggan untuk beberapa hari kak kimah terpaksa mengikat perutnya disebabkan ayah tak mampu memberi duit belanja untuk ke sekolah jadi kak kimah terpaksa menunggu sehingga habis waktu persekolahan untuk mengalas perut untuk makan bersama keluarga kadang-kadang hanya makan nasi dengan minyak sahaja namun dia tetap bersyukur dengan rezeki yang ada.

Kak Kimah Di Hina Dengan Gelaran?

Selain itu kak kimah juga pernah di gelar dengan panggilan "budak oldskool" panggilan itu wujud kerana disebabkan kak kimah suka memakai baju lusuh rentetan tiada kemampuan kewangan untuk ke sekolah sehingga ada yang mengejek dan ada juga yang menjauhkan diri dari Kak Kimah.

Berbekalkan hinaan dan cacian dalam hidup sewaktu bergelar pelajar menjadikan kak kimah gadis kental dan susah untuk menitiskan air mata.
disebabkan terlalu banyak dugaan hidup kak kimah menanam keazaman  untuk menjadi hebat dari orang lain dan buktikan kepada mereka anak pemandu teksi yang selekeh dan selebet ini juga mampu untuk berjaya untuk berdiri dikaki sendiri dan merubah kehidupan keluarga.

Kak Kimah Belajar Di Menara Gading

habis sahaja STPM 2009 Kak Kimah terpilih melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam bidang kewartawanan tetapi di sebabkan faktor kemiskinan hidup Kak Kimah mula berjinak dalam bidang perniagaan sewaktu di universiti lagi, dengan menjual kuih muih di setiap blok penginapan pelajar di universiti, kak kimah mampu meraih pendapatan sekitar rm100 seminggu untuk menampung kos kehidupan sebagai seorang pelajar, tak cukup dari itu kak kimah mula mempelbagaikan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual pelbagai kelengkapan dan aksesori wanita seperti tudung baju muslimah dan lain-lain sehingga pendapatan ketika itu mampu mencecah RM3000 sebulan sehingga Kak Kimah mampu memberi duit belanja untuk keluarga di kampung, bak orang tua-tua cakap berkat kongsi rezeki dengan ibu ayah, rezeki tak akan pernah putus itulah kebenarannya.
Di sebabkan usaha yang kuat dengan perasaan yang tak pernah malu dan berkat tanggung ayah ibu ketika masih di universiti lagi Kak Kimah akhirnya berjaya mengumpul sedikit modal untuk membangunkan dan menghasilkan produknya sendiri iaitu Co White Skincare

kini dengar cerita Kak Kimah sudah di gelar jutawan kosmetik sebaris dengan jutawan-jutawan ternama yang lain.
Terkejut KS selepas tahu siapa sebenarnya Kak Kimah. Beliau adalah jutawan produk kecantikan Co White, yang beliau sendiri promote dalam klip video viral hari itu. Bukan calang-calang juga orangnya rupanya.

Kak Kimah sudah memiliki cawangan di setiap negeri bersama rakan kongsinya yang lain dan produknya kini sudah menjadi buah mulut di media sosial dan salesnya mencecah jutaan ringgit sebulan..

Apa-apa pun KS doakan yang terbaik untuk Kak Kimah teruskan usaha awak untuk bangunkan keluarga dan diri awak ye... yang KS tahu awak memang comel, jom saksikan gambar Kak Kimah yang comel di bawah.










Pesan KS pada awak-awak semua ikut lah contoh Kak Kimah ni dari seorang yang susah kini dia mampu mengangkat dirinya ke tempat yang lebih tinggi... anda juga boleh buat dia sebagai inspirasi boleh follow Kak Kimah di Facebook dan IG.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.