Header Ads

Pandangan Gadis Ini Tentang Usaha Lelaki Kumpul Duit Nak Kahwin Benar-Benar Menusuk Kalbu




Seorang gadis menerusi IIUM Confession telah membuat pengakuan amat kagum dengan usaha rakan-rakan lelakinya yang mengumpul duit untuk berkahwin.

Bagi gadis ini, kebanyakan rakan lelakinya benar-benar berusaha bersungguh-sungguh mengumpul duit sehinggakan sanggup makan nasi putih kicap dengan isi ayam sahaja semata-mata untuk berjimat.

Jom baca:

Kerja dengan lelaki
Terima kasih IIUM sudi menyiarkan dan terima kasih para pembaca. Confession ini adalah untuk berkongsi pendapat aku melihat jejaka-jejaka yang berusaha menghalalkan hubungan. Sebelum meneruskan, aku bagi pengenalan dulu.

Aku bekerja dengan satu syarikat dimana rata-ratanya adalah lelaki. Ingat lagi masa hari pertama aku masuk kerja aku pernah bermonolog sendiri ‘Takkannya aku seorang je perempuan dalam nie?’.

Ada perempuan pun mereka buat kerja pejabat manakala aku lebih kepada makmal dan production yang membuatkan hidup aku dikelilingi oleh pak cik-pak cik, abang-abang dan jejaka seusia.

Berusaha dirikan masjid
Seronok sangat bekerja dengan majoriti lelaki pelbagai lapisan umur nie dan dalam masa yang sama, banyak pengalaman dan sudut pandangan mereka yang kau boleh belajar. Tapi yang lain biar dulu, aku nak fokus cerita dengan kisah rakan-rakan sekerja yang tengah berusaha mendirikan masjid nie.

Mereka nie kekadang makan nasi putih kicap jalen dan isi ayam je. Punyalah nak berjimat padahal kerja paling minimum pun setahun lebih, gaji untuk company nie pown rasanya tak ada bawah 2K. Bila ditanya, mereka berjimat untuk menyunting anak dara katanya.

Awek nak hantaran 10-15 ribu
Ada seorang rakan sekerja aku nie pernah TERkongsi cerita dia, awek dia nak hantaran diantara 10-15K. Itu baru wang hantaran, belum barang hantaran, belum kenduri, belum beli/sewa rumah lagi. Nasib baik dia ada kereta dan motor, ringan sikit.

Dan aku nie pun agak busybody juga. Aku siap kira komitment dia, komitmen ptptn, keluarga, kereta, asb, rumah sewa dan macam-macam. Tiap kali keluar memang rakan aku nie yang belanja awek dia sebab awek dia masih student.

Tambah tolak semua memang ada lagi untuk dia menyimpan tapi 10K tambah kenduri yang tak tahu lagi harga tue sampai bila nak kumpul? Aku sangat memahami perasaan dia sebab aku anak harapan keluarga jadi isu duit agak berat bagi aku. Aku pernah nasihatkan dia untuk berbincang dengan awek dia kalau dia rasa terbeban tapi dia tak nak.

Lelaki memang sedaya upaya berusaha walaupun tertekan bab duit, dalam hati bahagia. Itulah tanda cinta dan sayang pada bakal isteri mereka.

Perempuan kena tengok realiti
Banyak lagi cerita mereka. Aku rasa perempuan kena berkawan dengan lelaki yang berusaha nak mendirikan rumah tangga nie baru kau akan nampak realiti. Kalau nak tengok realiti melalui teman lelaki/Tunang kau memang idaklah.

Teman lelaki dan tunang kau sendiri sebolehnya nak merahsiakan payah mereka melalui senyuman dan kasih untuk buat kau bahagia. Kita je tak nampak sangat.

Jadi perempuan tanya diri sendiri, mampu tak kau memahami dan meringankan beban bakal suami kau? Jangan sebab kau ‘perempuan’ maka kau nak sangat bermanja dan ikut adat menyusahkan.

5K pun sendiri tercungap nak simpan apatah lagi orang lain (melainkan bakal kau gaji besar dan tak banyak komitmen). Nak menyenangkan, buatlah satu majlis sederhana.

Nanti bila dah kahwin suami kau senang kau pun senang. Tak payahlah nak turutkan sangat ‘itu tanggungjawab lelaki’ padahal cuci pinggan, kemas rumah pun kau nak berperang komen dengan lelaki. Hah adat elok camnie tak nak pula ikut.

Majlis besar
Kang ada komen ‘keluarga nak buat besar pula’. Aduii perempuan, kalau nak buat besar tapi laki kau tak mampu then kongsi la duit. Takkpun pujuk keluarga kau buat kecil-kecilan. Ada yang boleh pujuk ada yang tak tapi pokok pangkalnya berusaha.

Hey, mualaf pun lagi payah au. Nak masuk Islam tue kebanyakkannya ditentang keluarga tapi masih juga sebahagian besar mereka mampu menyejukkan hati keluarga. Mualaf tue lagi kesian, kehidupan dia berubah habis tapi kau yang takat kenduri nie sila jangan jadikan alasan susah nak pujuk ya. Hati ikhlas, berdoalah yang terbaik, Allah ada.

Apapun tahniah ducapkan kepada kaum lelaki yang ikhlas mencari duit untuk berkahwin. Dalam masa yang sama, bagi kaumperempuan,sama-samalah meringankan beban lelaki, janganlah mendesak keterlaluan sangat.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.