Header Ads

5 Aktiviti Riadah Yang Boleh Dilakukan Bersama Keluarga




Tiba sahaja hujung minggu, ramai ibu bapa membawa anak-anak untuk 'window shopping'. Hakikatnya, bukanlah ingin berseronok atau menghabiskan masa emas bersama anak-anak, tetapi lebih kepada untuk membeli-belah. Ala, tak mahulah begitu. Kesian anak-anak. 

Jika anda menjalani rutin yang sama pula setiap minggu dengan hanya berehat di rumah sahaja, apa kata cuba penuhkan hujung minggu anda dengan aktiviti yang sihat.

Berikut ada beberapa aktiviti yang mungkin akan menceriakan hujung minggu anda sekeluarga, sudah pastinya baik untuk kesihatan daripada segi fizikal dan mental. Ia juga tak memerlukan belanja yang besar dan sangat menjimatkan!

1. Berjalan Di Tepi Pantai

Luangkan masa anda untuk berjalan di tepi pantai, berjalan di tepi pantai secara zahirnya akan memberikan anda ketenang, boleh dikatakan ia adalah waktu rehat untuk otak anda. Nikmati betapa indahnya pemandangan di tepi pantai. Kita memang beruntung kerana banyak pantai-pantai yang cantik ada di Malaysia.

2. Mendaki

Anda yang minat dengan aktiviti yang lebih lasak boleh cuba isikan waktu anda dengan mendaki, kalau nak yang lebih ringan boleh cuba panjat gunung yang tinggi. Keluarkan sedikit peluh, boleh buang toksin-toksin dalam badan. Juga boleh kurus tau!

3. Berkayak

Jarang kita lihat hari ini orang berkayak, mungkin sebab tempat berkayak di Malaysia ini terhad. Berkayak juga di antara aktiviti lasak dan menyeronokkan, bukan sahaja menyihatkan badan, tapi ia juga boleh mencabar keupayaan diri anda.

4. Berbasikal

Berminat untuk aktiviti santai sambil melihat pemandangan sekeliling, berbasikal adalah pilihan yang paling tepat. Sekarang ini tak perlu bawa basikal sendiri pun tak apa, banyak taman rekreasi di Malaysia yang ada menyediakan perkhidmatan sewa basikal.

5. Berenang

Aktiviti bermain air memang seronok, sesuai dengan musim panas di Malaysia. Selain boleh sejukkan badan, ia dapat mengawal keseimbangan badan anda. Aktiviti ini juga boleh menguruskan badan tau! Nak lagi seronok boleh pilih lokasi percutian seperti pulau-pulau, di tepi sungai ataupun air terjun. Berkelah sambil mandi-manda pun seronok juga.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.