Header Ads

Jangan Pernah Abaikan Ibu Bapa Di Kampung




Bila bercakap tentang gaji dan pendapatan, tak dinafikan ia semakin mencabar pada zaman ini. Pelbagai kerja dilakukan untuk menaiktaraf kehidupan dan menampung kos yang semakin meningkat. 

Dalam kesibukan itu, ibu bapa di kampung jangan sesekali dilupakan. Bagaimana mereka dahulu membesarkan kita dengan kewangan yang sangat terhad, dan tidak semudah hari ini. 

Seperti yang dikongsikan oleh netizen ini, menceritakan seorang rakannya yang tidak sesekali menghulurkan bantuan kepada ibu bapa di kampung.

Walaupun bergaji agak stabil, namun kehidupannya tidak pernah mencukupi, ada sahaja permasalahan yang timbul dan memerlukan kos. 

Namun, berbeza dengan rakannya seorang lagi. Meskipun hanya bergaji RM1,500 sebulan namun tak lupa memberikan apa yang ada kepada kedua ibu bapanya. 

Ingat, janganlah sesekali jadi seperti kacang lupakan kulit. Siapa pernah ada pengalaman begini, mari kongsikan bersama kami.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.