Header Ads

Adakah Kulit Ayam Tidak Baik Untuk Kesihatan? Mungkin Juga Tidak




Kulit ayam sememangnya diketahui tidak baik untuk kesihatan dan sejak bertahun-tahun pakar nutrisi dan juga doktor menggalakkan supaya kulit ayam dibuang setiap kali anda memasaknya. 

Namun, sebenarnya ia tidaklah terlalu teruk, dan sebenarnya selain menjadikan masakan ayam anda lebih berjus dan juga enak, ia juga mengandungi lemak tak tepu yang sihat. 

Malah, majoriti lemak dalam kulit ayam adalah tak tepu menurut Harvard School of Public Health, seperti yang dipetik laporan South China Morning Post. 

Pun begitu, memang benar ia mengandungi lemak yang banyak dan boleh menggemukkan anda. Sebab itu, ambillah hidangan ayam dengan kulitnya dengan kadar sederhana atau sangat minimum sahaja. 

"Pengambilan kulit ayam yang minimum dan sedikit adalah okay, saya memang tidak mengambilnya dengan banyak," ujar pakar nutrisi di Integrated Medicine Institute, Sheena Smith.

Begitu juga dengan cara memasaknya. Jika anda menggoreng dalam minyak penuh sudah tentu ia bukan lagi makanan yang sihat. 

Kesimpulannya, jika anda masih teringinkan kulit ayam, masih boleh mengambilnya namun dengan kadar sangat minimum dan bukannya porsi besar untuk setiap hari. Harap jawapan ini membantu ya!


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.