Header Ads

"Kalau Tak Mampu Jangan Makan"




Kes penggal kepala ini amat menakutkan dan kejam!

Bertempat di pusat membeli belah di bandar Wuhan yang terletak di Hubei, China terdapat seorang lelaki yang disyaki tidak puas hati dengan tauke gerai mee yang mengkritiknya dengan berkata, "kalau tidak mampu makan, jangan makan". 

Akibat ungkapan itu, lelaki berkenaan bertindak memenggal kepala tauke gerai tersebut dengan menggunakan sebilah pisau potong sayur yang terletak di gerai itu! Kejadian penuh tragis itu berlaku Sabtu lalu iaitu 18 Februari.

Memetik laporan agensi berita Xin Hua, setelah habis makan tiga mangkuk mee, lelaki itu bertengkar dengan tauke gerai mee itu berikutan mendakwa harga yang dikenakan kepadanya terlalu mahal. 

Pada ketika itu, tauke menyuarakan dengan nada yang berunsur hina, "kalau tidak mampu makan, jangan makan!" 

Hasil kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan lelaki itu dan dia bukan sahaja bertindak menetak tauke gerai mee itu secara bertubi-tubi, malah turut membuang kepala yang dipenggalnya itu ke dalam tong sampah. 

Difahamkan, suspek adalah seorang lelaki bernama Hu berasal dari Sechuan dan berusia 22 tahun. Manakala mangsa seorang tauke bernama Yao yang berumur 42 tahun.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.