Header Ads

Atasi Bau Kaki Dengan Tips Mudah Ini




Antara masalah dihadapi menyebabkan kaum wanita mahupun lelaki sering berasa rendah diri adalah bau badan kurang menyenangkan terutamanya setiap kali mahu menanggalkan kasut.

Kadang-kadang bila lama sangat memakai kasut ia boleh menyebabkan tapak kaki berpeluh dan bercampur dengan bakteria. Maka, terhasillah satu bau yang masam dan 'menusuk lubang hidung'.

Selain membersihkan kasut dengan kerap, ada satu cara lagi anda boleh lakukan dan ianya sangat mudah! Apa yang anda perlukan ialah bawang putih.

Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu rendamkan kaki anda ke dalam besen kecil berisi air yang dicampur bawang putih kisar selama lebih kurang 30 minit.

Kemudian, lap kaki anda sehingga kering dan sapu Vaseline Petroleum Jelly. Vaseline membantu menghilangkan bakteria dan kulat penyebab bau pada kaki dengan berkesan.

Manakala, bawang putih pula sangat berkesan dalam menghapuskan bau pada kaki kerana mengandungi sebatian organosulfur (ajoene) yang akan membunuh kulat dan menghilangkan bau kaki dengan cepat.

Kini anda tidak perlu risau lagi dengan bau kaki yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja murah dan mudah didapati, malah cara ini sangat efektif. Jom cuba!


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.