Header Ads

Wanita Ditembak 2 Lelaki Di Pulau Pinang




Seorang pemandu wanita berusia 49 tahun ditembak mati di Bayan Lepas. Dalam kejadian 5.45 petang, mangsa seorang eksekutif di sebuah syarikat logistik sedang memandu di sepanjang Jalan Pekaka 1 ke Jalan Bukit Gambir apabila 2 lelaki bermotosikal mendekati bahagian bahagian pemandu kereta BMW yang dibawanya dan melepaskan 10 das tembakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zainol Samah berkata, wanita itu kemudian merempuh bahagian belakang sebuah Land Rover yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an.

Rempuhan itu menyebabkan pacuan 4 roda itu bergerak beberapa meter sehingga menghampiri Lintang Pekaka 9.

Dalam rakaman video yang berjaya dirakam pengguna jalan raya lain, roda belakang dilihat berputar laju, menunjukkan kemungkinan wanita itu masih menekan pedal minyak walaupun keretanya sudah berhenti.

Zainol berkata mangsa ditembah sebanyak 6 das di dada dan seluruh tubuhnya, manakala 4 tembakan lain tidak mengena.

“Dia tidak terlibat dalam aktiviti geng jenayah seperti dikhabarkan.

“Kami akan menjalankan siasatan dan mendedahkan penemuan kepada semua, sila bersabar.

“Nama … saya tak boleh sebut…hormat pada orang yang mati,” kata Zainol kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.