Header Ads

Bank Negara Senarai Hitam JJPTR




JJPTR atau dipanggil juga "Penyelamat Buat Orang Biasa" adalah sebuah organisasi yang berkonsepkan "Rancangan Pelaburan Dari Miskin Sehingga Menjadi Kaya" telah disenarai hitam oleh Bank Negara pada 24 Februari yang lalu. 

Menurut laman sesawang rasmi Bank Negara, jelas mendapati Bank Negara telah menyenaraikan JJPTR dalam senarai peringatan untuk pengguna kewangan dalam ketegori yang dinyatakan sebagai pelaburan mata wang asing. 

Selain itu, JJ Global Network dan JJ Poor To Rich turut disenaraikan sebagai kumpulan mata wang asing yang haram. Manakala laman sesawang untuk ketiga-tiga syarikat tersebut adalah www.jjptr.com.

Sebenarnya sebelum ini iaitu pada 15hb Ogos tahun lalu, jabatan pengurusan kewangan Singapura telah pun menyenaraikan JJPTR dalam "senarai amaran pelaburan" yang menggesa semua pelabur perlu berwaspada, tetapi pengasas JJPTR iaitu Johnson Lee pula bukan sahaja mempertahankan bahawa JJPTR adalah sebuah organisasi yang mendapat kelulusan kerajaan, malah menegaskan visinya adalah untuk menyelamatkan orang ramai dan memperbaiki taraf kehidupan rakyat negara ini.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.