Header Ads

Pegawai Tentera Rempuh Kelab Golf Ditemui Maut




Sebuah kereta dipandu seorang pegawai tentera kanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melanggar beberapa buah kereta sebelum menggelungsur masuk ke driving range sebuah kelab golf di Nilai, Seremban petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, pemandu berkenaan, Lt. Kolonel Hamisan Mian, 56, dipercayai terkena serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia dalam kenderaan jenis Mercedes Benz.

Memetik laporan Berita Harian, beliau yang juga Ketua Audit Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat keluar bermain golf di kelab berkenaan bersama tiga rakan yang lain kira-kira pukul 8.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin berkata, mereka bercadang bermain golf sehingga 18 lubang tetapi hanya bermain hingga lubang ke-15.

"Apabila semua rakan menanyakan keadaan badan mangsa, dia menyatakan hendak pitam tetapi masih boleh meneruskan aktiviti seterusnya."

Kereta mangsa dipercayai telah tergesel bahagian belakang tiga buah kereta sebelum terbabas dan melanggar batu tembok longkang tepi jalan.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan dia telah meninggal dunia. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.