Header Ads

"Bukan kami tak tegur atau larang" Luahan Anggota Polis Jadi Viral




Kemalangan maut yang meragut nyawa 8 orang remaja berusia 13-16 tahun di Johor Bahru baru-baru ini menggemparkan seluruh Malaysia.

Susulan kejadian tersebut, ramai pihak yang mula menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain dalam mencari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam tragedi tersebut.

Sebuah status yang dikongsikan pengguna Facebook, Zulhazri Abu Bakar mungkin boleh membuka mata anda tentang apa yang berlaku.

Namun, sumber asal cerita di sebalik kebenaran ini sebenarnya datang dari orang yang tidak mahu namanya didedahkan kepada umum, tapi apa yang pasti beliau adalah seorang anggota polis.

Menurutnya lagi anak-anak itu bukan hanya datang dari Johor Bahru, bahkan dari seluruh Johor. Pada setiap hujung minggu, pihak polis sentiasa menegur dan melarang perbuatan menunggang basikal secara berbahaya itu.


"Bukan kami tak tegur atau larang, kami sentiasa menegur dan melarang menggunakan pembesar suara lagi, dan ada juga di antara kami yang hilang kesabaran dengan membuang basikal tersebut kerana bukan dengki, tapi nak memberi peringatan agar mereka takut dan tidak mengulangi lagi."

Bukan sahaja tidak diendahkan, malah kumpulan remaja tersebut mengejek kembali usaha yang dilakukan pihak polis. Mereka akan menjerit-jerit dan mempermainkan pihak polis tanpa ada sedikit pun ketakutan beraksi secara berbahaya di tengah-tengah jalan.

Memang benar umur sebegini jiwa masih muda dan sedang memberontak. Walau bagaimanapun, ibu bapa tetap memainkan peranan utama dalam mengawasi dan melarang anak-anak mereka dari terlibat dengan aktiviti sebegini.

Siapa kita untuk menyelahkan takdir, namun perkara ini sebenarnya mampu diubah dari awal lagi. Jadi menurut anda pula bagaimana?


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.