Header Ads

Dulu Gadis Ini Bergaji RM1600, Kini Miliki Aset Lebih RM1 Juta.




Kisah seorang gadis Melayu yang mengecapi kejayaan besar diusia muda mula menjadi bualan ramai di media sosial.

Siti Nursyafieqah Abu Bakar yang kini berusia 25 tahun ternyata mengejutkan ramai apabila sudah memiliki tiga aset penting melebihi RM1 juta. 

Gadis yang pada asalnya bekerja sebagai Eksekutif Jualan di salah sebuah institusi perbankan ternama di negara ini hanya menerima gaji asas sebanyak RM1,600 sebulan. Jadi agaknya apakah punca beliau mampu memliki aset hingga jutaan Ringgit?

"Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang", itulah peribahasa paling sesuai dengan kisah kejayaan Siti Nursyafieqah.

Berkongsi kisah kejayaannya dengan sinarharian, Siti Nursyafieqah berkata bahawa kesenangannya hari ini adalah hasil dari "ikat perut" dan melakukan dua pekerjaan sejak berusia 21 tahun.

“Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan.

“Sehinggakan saya pernah dikatakan 'gila'. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri nyata ‘diet’ kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman diploma menjadi sandaran sehingga kini,” katanya.

“Saya bermula dengan gaji asas serendah RM1,600 ketika awal permulaan kerjaya dan ketika itu usia saya baru mencecah 21 tahun.

“Sedangkan rakan lain dibayar RM2,000 sebulan, saya tidak cemburu dengan mereka, tetapi cuba untuk meningkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.

“Bukan itu sahaja, duit komisen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi dua untuk simpanan dan pelaburan ASB.

“Dengan RM1,600 itu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa,” katanya.

Tambahnya, setiap 24 jam sehari tidak disia-siakan dengan berlibur, tetapi dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat untuk mencari rezeki sampingan.

Bahkan dia juga tiada masa untuk pulang ke kampung halaman kerana sentiasa sibuk merencanakan aktiviti harian untuk mengumpul duit simpanan agar dapat memiliki hartanah selepas bekerja.


Dia bersyukur, sikapnya yang jimat cermat dan berbelanja secara berhemah itu menjadi panduan sehingga ke hari ini. Menerusi Facebook Khairul Ezuwan yang merupakan rakan Nursyafieqah, lelaki ini turut berkongsi rahsia disebalik kejayaan rakannya itu.

Saya nak share sedikit apa antara yang beliau telah kecapi sebelum umur beliau 24 tahun atas kebenaran dari beliau untuk menjadi inspirasi kepada orang Ramai terutama golongan muda dan belia.

Beli Kereta Myvi (Disewakan)

Pembiayaan ASB 200K , Teknik Compounding. Tidak usik dividen.

Rumah Terrace Superlink baru 5 bilik, 5 bilik air.

simpanan yang besar setiap bulan. Semua komisen, OT & income part time disimpan. Beliau hanya gunakan gaji basic untuk survive.

Beli kereta Subaru XV (kegunaan sendiri)

pembiayaan belajar telah dilangsaikan

tidak mempunyai pinjaman peribadi

tidak pernah mempunyai kredit kad

Seronok kan baca kisah kejayaan orang lain lebih-lebih lagi diusia muda sudah mempunyai pelbagai aset. Semoga kisah kejayaan adik Syafieqah ini dapat dijadikan inspirasi dan pembakar semangat buat remaja diluar sana. 

Jika Syafieqah yang pada asalnya hanya bergaji kecil juga mampu berjaya, apa pula alasan kita? Syafieqah memang berdisiplin dan bijak mengurus kewangan, jadilah seperti Syafieqah!


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.