Header Ads

Facebook Messenger Kini Boleh Diguna Untuk Buat Pindahan Wang




Berita baik dan satu lagi evolusi buat pengguna laman sosial Facebook. Sebuah syarikat pemindahan wang, TransferWise kini melancarkan perkhidmatan baharu yang membolehkan pengguna menghantar wang ke pelbagai negara melalui Facebook Messenger.

Menurut Ketua Perkongsian Global TransferWise, Scott Miller, chatbot TransferWise membolehkan pelanggan menghantar wang kepada keluarga dan rakan dari dan ke Amerika Syarikat (AS), Britain, Kanada, Australia dan negara-negara Eropah lain melalui Facebook Messenger selain boleh digunakan untuk memberitahu kadar tukaran wang.

“Walaupun chatbot TransferWise kini hanya terdapat dalam Facebook Messenger, namun ia boleh disesuaikan untuk digunakan dalam perkhidmatan perbualan popular lain."

TransferWise merupakan sebuah syarikat teknologi kewangan (fintech) terkenal di Eropah yang ditubuhkan pada 2011 oleh warga Estonia, Taavet Hinrikus dan Kristo Käärmann dan kini bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.46 bilion). 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.