Header Ads

"Hidup Ni Jangan Fikir Diri Sendiri Je Nanti Orang Benci Dengan Perangai Kau"




Assalamualikum, nak citer sikit pasal member yg jenis suka ambik kesempatan ni.

Tak dalah baik sangat dengan member ni, so so je, boleh lah setakat nak bawak sembang. Dia ni daripada zaman belajar dulu sampai lah sekarang ni keja nak menempel je, macam parasite.

Zaman belajaq dulu, ramai member2 sekolej dgn dia kata dia ni ‘opportunistic’ suka sangat gunakan member lain utk lepas kan diri dia, jenis ‘cuci kaki’ je. Kalau besok lab kena hantar assignment malam tu mesti dia ni akan pegi cari sapa yg dah siap nak copy bulat2. Alaaaa, mesti ada yg kata apa salah tolong member, tapi beragak lah nak copy bulat2, kau nak tanya yg kau tak tahu okay la jugak. Kalau group assignment ke lab report ke, keja nak yg senang je, tiap2 kali keja kau kalau tak introduction, conclusion, yg part kena bepikir cari info semua kau nak tolak kat orang.

Perangai kau 1 lagi, semua perempuan kau nak try nak cuba market. Agak2 lah, nak try bdk kelas sendiri kot, lepas tu 1 kelas pulaukan kau tanya kenapa? Tak pikir ke kau try2 perempuan tu kau menunjukan perangai kau yg sebenar, kau pervert ke SEMUA perempuan kau nak kena mesej try cuba nasib. Bila org dah tau perangai kau mmg malas lah org nak layan kau.

Masalah kau lagi cakap nak gebang, kata masuk ni lah, masuk tu lah, member sorang ni mmg org kuat sukan kata kau tak pernah wujud pon dlm kumpulan yg konon2 nya kau masuk main dengan hebat tu. Perlu ke kau buat macam tu sekali nak promote diri kau? Bila org dah tau kau tipu, MASIH nak tegak kan benang yg basah, untuk apa? Malu ke? Dah tu kau buat pulak musuh dengan dia sebab dia cakap benda yg betul, alasan kau dia jatuhkan air muka aku, the heck kau yg cari pasal kot.

Yg paling parasite dia ni dah keja, dan ofkos lah bergaji kan, menumpang bilik member yg belajar tak bergaji bergantung dekat parents tanpa pikiaq pon nak huluq setengah ke apa sewa bilik. Duduk nak free je ke der? Duit gaji pegi mana? Bila tanya hang cutting steng2 ke sewa ni, jawapan dia ‘YA’. 

Bila tanya tuan bilik cakap 20 heng je sebulan, tu pon kadang2 tak huluq. Kawan, 20 ringgit boleh buat apa? Be realistic lah, isi minyak keta meter tak naik pon zaman ni, ni yg kau kata kau cutting half 2? Kenapa kau terlalu ambil kesempatan ea bila kawan tu DAH CUKUP BAIK bagi kau tumpang bilik sampai lah dah jadi macam bilik kau lamanya.

Cubalah fikir member tu belajaq, duit sangat tight, pikir projek lagi, dengan kau lagi dlm bilik tu, berkat ke kau buat macam ni? Tuan bilik dtg jumpa aku citer pasal kau tak selesa semua kau tak tahu. Menyindir kau belakang2, sebab perangai kau yg tak reti nak ambik hati member, yg kau tau kau lepas je. Simple je nampak benda ni kat org2 yg resionalise, tapi kenapa kau tak nampak ea tuan bilik tu tak selesa ke apa? 

Nak tunggu tuan bilik halau, takan lah der, pikir lah sendiri. Maaf nak cakap gaji tu bagi kau tak pernah nak cukup sebab perangai kau, ddk nak free, tapi hati tuan bilik sakit dgn kau, hilang lah berokah rezeki kau, saving mcm mana pon klau kau tak da berkat takan rasa pernah cukup kawan. Ibarat org pulak kena tanggung hidup kau. Hidup ni jangan pikir diri sendiri je, org benci dgn peragai kau tolong tau sikit boleh?


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.