Header Ads

Ibu Bapa "Dera" Pengasuh




Kita selalu dengar cerita pasal pengasuh dera budak-budak kan? Tapi tak ramai yang pernah dengar atau tahu kisah yang mak ayah budak-budak yang ‘mendera’ pengasuh. Okay apa yang aku nak cerita ni pasal kisah ibu aku. Ibu aku dah lama mengasuh budak-budak.

Kalau nak kira jumlah budak-budak yang ibu aku dah asuh/jaga dari dulu sampai sekarang, agaknya dah boleh buat satu sekolah tadika. Memang ramai dan aku suka tolong ibu memandangkan aku suka budak-budak. 

Dan dalam mengasuh budak-budak ni, macam-macam ragam orang yang ibu aku dah jumpa. Bukan ragam budak-budaknya tapi ragam mak ayah diorang. Kadang-kadang tu , aku sakit hati jugaklah bila ibu aku terlampau berlembut sedangkan mak ayah budak-budak ni, aku tengok banyak yang dah ambik kesempatan dekat ibu aku.

Pertama, mak ayah yang jenis suka bawak ‘hadiah’ dekat ibu aku tiap-tiap kali hantar anak. Hadiah tu dekat sini maksudnya hadiah yang ada dalam pampers anak diorang. Eh, aku tau lah yang korang bayar ibu untuk asuh/jaga anak korang. 

Tapi beragak la sikit, takkan nak basuh najis anak korang pun tak sempat. Yang paling aku tak boleh blahnya, boleh pulak bagi alasan “Ni dia berak dalam kereta tadi ni, masa otw nak ke sini” ..hahaha kelakarkan. 

Dah la pemalas, penipu pulak tu. Korang ingat aku taktau ke beza najis budak tu baru atau dah lama membusuk? Kadang tu, aku tengok baju yang anak diorang datang pagi tu, sama macam baju diorang ambik anak dekat rumah aku petang semalamnya. Berhias untuk diri sendiri ada pulak masa. Apa jenis mak ayah la korang ni. Nak kata tak pandai, semua jenis kerja elok-elok.

Kedua, mak ayah yang suka ambik anak lambat. Ibu aku memang la tak kesah kalau lambat pasal urusan kerja atau kecemasan yang tak dapat dielakkan. Tapi, boleh bayangkan tak macam mana geramnya kalau tau yang mak ayah budak-budak ni sengaja datang ambik anak lambat sebab diorang sengaja pergi bershopping berdua. 

Aku cakap ni sebab memang ada mak ayah yang bangga mengaku diorang ambik lambat sebab tu. Eh taktau la jenis manusia yang macam mana korang ni. Kadang –kadang tu, lambatnya sampai ke malam. 

Ha lagi satu, ada setengah tu ada yang dah balik kerja, tapi tak datang ambik anak. Ke mana perginya? Diorang balik rumah dulu. Tidur. Ini paling kelakar! Habis, ibu aku tak perlu masa nak rehat la?

Ketiga, mak ayah yang suka hantar anak waktu cuti. Ini pun aku tak berkenan. Ya, aku tau. Sesetengah tu ada yang tanya boleh ke nak hantar anak diorang hari cuti. Tapi kadang-kadang tu ibu aku ni tak sampai hati nak kata tak boleh.

Aku sebagai anak yang geram bila orang ambik kesempatan dekat ibu aku. Dah la hantar anak waktu cuti, ambik lambat pulak tu. Apalah salahnya korang berjalan bawak anak korang sekali. Janganlah guna alasan anak tu kecik lagi, sebab tu susah nak bawak berjalan. Dah tau susah, duduk la rumah diam-diam.

Kalau ikutkan hati banyak lagi cerita asal mak ayah yang dera ibu aku ni. Tapi makin di tulis, makin sakit hati pulak aku rasa. Bukanlah takda kebaikan yang mak ayah budak-budak ni buat dekat ibu aku. Ada dan kami sangat berterima kasih. Tapi itulah kadang-kadang jangan disebabkan dah buat satu kebaikan, senang hati nak ambik kesempatan dekat ibu.

Aku tau ibu aku dibayar tiap-tiap bulan untuk menjaga anak korang. Tapi sebagai mak ayah, kena ada tanggungjawab. Kadang-kadang aku tengok keadaan budak-budak ni, jauh lebih baik bila ada dekat rumah aku, berbanding bila dengan mak ayah sendiri. 

Sedarlah. Ini bukan soal duit yang di bayar tiap-tiap bulan. Ini soal tanggungjawab. Allah nampak dan Allah tau apa yang kita niat dan apa yang kita buat. Jangan sampai Allah balas balik dekat kita bila dah tua nanti. Anak-anak pulak takda rasa tanggungjawab nak menjaga kita dan akhirnya ke rumah orang-orang tua.

Kepada mak ayah yang menghantar anak-anak ke rumah pengasuh, atau yang bakal menghantar, tolonglah peka dengan benda-benda ni.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.