Header Ads

Cara-Cara Memohon KADS1M




Sejak dari tahun 2012, kerajaan telah melancarkan Baucar Buku 1Malaysia atau Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) bertujuan untuk mengurangkan beban kos buku akademik bagi pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi.

Walau bagaimanapun, bermula pada tahun ini, pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini akan menerima RM250 menerusi akaun bank dan bukan lagi dalam bentuk baucar. Bantuan RM250 akan didebitkan secara langsung ke dalam akaun Bank Rakyat dan pelajar akan mendapatkan kad yang dikenali sebagai KADS1M (Kad Diskaun Siswa 1Malaysia).

Untuk mendapatkan Kad SISWA ini, anda perlulah memenuhi kriteria seperti yang berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Seorang pelajar aktif belajar di sebuah institusi awam atau swasta pada 31 Disember 2016

3. Belajar sepenuh masa atau separuh masa

4. Bukan penerima BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)

5. Berada dalam Malaysia semasa pelaksanaan program kad KADS1M Debit

Pelajar juga digalakkan untuk membuka akaun i-Simpanan melalui Bank Rakyat dan menghantar borang pendaftaran KADS1M secara online

CARA-CARA MEMOHON

1. Lawati laman rasmi Bank Rakyat dan isi borang permohonan online. 

2. Anda akan menerima notis pada akhir permohonan itu bahawa pendaftaran anda telah berjaya.

3. Jangan lupa untuk periksa a e-mel anda sehingga anda menerima e-mel daripada Bank rakyat untuk memberitahu anda bahawa kad anda telah siap untuk dikutip.

Selain itu, anda juga diingatkan untuk membawa dokumen seperti yang telah disenaraikan di bawah ini:

Bagi pelajar yang berumur 18 tahun:

1. MyKad (asal dan 1 salinan)

2. Kad Pelajar (asal dan 1 salinan)

Bagi pelajar di bawah umur 18 tahun:

1. MyKad (asal dan 1 salinan)

2. Kad Pelajar (asal dan 1 salinan)

3. Surat Keizinan oleh ibu bapa / penjaga

4. MyKad ibu bapa / penjaga (1 salinan)

5. Sijil Kelahiran / sijil angkat (asal dan 1 salinan)

KADS1M ini akan diberikan secara percuma kepada pelajar yang layak menerimanya pada tahun yang pertama. Namun, menurut Bank Rakyat, pelajar harus membayar yuran sebanyak RM5 bagi mengaktifkan kad debit ini. Kad ini perlu diperbaharui setiap 3 tahun.

Tarik tutup pendaftaran online ini berakhir pada 31 Mac 2017. Jangan lupa untuk isi borang anda dan kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan anda yang lain!



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.