Header Ads

Ini Sebabnya Kenapa Mudah Mengantuk Selepas "Lunch Hour"




Biasanya selepas makan pasti kita akan berasa mengantuk bagaikan makan ubat tidur pula. Nampaknya bukan sahaja kepenatan membuat kita berasa mengantuk, malah jenis makanan diambil juga mempengaruhi perasaan mengantuk itu.

Portal Bright Side menyenaraikan sembilan jenis makanan menyebabkan mengantuk terutama jika dimakan bersama:

1. Produk Tenusu

Dalam banyak-banyak produk tenusu, keju paling berkesan menyebabkan kantuk kerana kaya dengan kalsium. Menurut portal eHealthMe, jika dimakan dengan biskut, maka bertambah-tambahlah rasa kantuk anda kerana biskut mengandungi karbohidrat yang akan meningkatkan fungsi triptofan (asid amino perlu).

2. Badam

NCBI melaporkan, badam kaya dengan triptofan, sejenis asid amino yang menghasilkan melatonin atau dikenali sebagai 'hormon tidur'. Di samping itu, kacang ini kaya dengan magnesium untuk meregangkan ketegangan otot dan membuat anda berasa mengantuk.

3. Pisang

Menurut portal Livestrong, pisang mengandungi gula, kalium, dan magnesium yang akan memudahkan triptofan memasuki ke dalam otak, sekali gus menyebabkan rasa mengantuk.

4. Walnut

Walaupun kandungan triptofan dalam walnut kurang daripada badam, ia mengandungi melatonin. Kajian NCBI mendapati walnut meningkatkan kandungan hormon melatonin dalam darah, lalu menyebabkan anda merasa mengantuk.

5. Buah Ceri

Medicalexpress mengatakan buah ceri tinggi dengan kandungan melatonin. Bagaimanapun jika dimakan terus, ia tak memberi kesan kantuk kepada anda, namun anda akan berasa seperti mengambil ubat tidur sekiranya meminum jus ceri.

6. Teh Bunga Kamomil

Menurut NCBI, bunga kamomil mengandungi glycine, sejenis asid amino yang mengandungi efek sedatif ringan, sekali gus membantu melegakan otot dan sistem saraf. Selepas mengambil secawan teh kamomil, anda akan berasa mata menjadi sangat berat.

7. Biji labu

Selain mengandungi triptofan, biji labu mengandungi sejumlah besar zink dan magnesium. Portal Sleeprate menyatakan biji labu membantu anda berasa tenang sehingga boleh terlelap.

8. Nasi Putih

Nasi putih mengandungi Indeks Glisemik/Glycemic Index (G.I) yang tinggi dan boleh menyebabkan mengantuk dalam tiga hingga empat jam selepas dimakan. Menurut ajcn.nutrition, kajian mendapati beras wangi lebih cepat membuat anda berasa mengantuk.

9. Ikan Yang Berminyak

Asid yang terdapat dalam ikan salmon, tuna dan mana-mana ikan berminyak lain meningkatkan penghasilan melatonin. Portal Livestrong melaporkan asid ini mengurangkan kandungan hormon stres, sekali gus membuat anda berasa seperti mahu melelapkan mata.

Patutlah jika diperhatikan, kebanyakan orang akan kelihatan tidak bermaya selepas waktu rehat. Rupa-rupanya selepas kenyang makan nasi, ia akan membuat kita berasa mengantuk


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.