Header Ads

Ubati Selsema Dengan Guna Hirisan Bawang




Sudah pasti semua ibu bapa risau dan gelisah sekiranya anak jatuh sakit tetapi sangat payah untuk menelan ubat kan? Lagi-lagi sekiranya mereka dijangkiti selsema, mesti sepanjang hari asyik merengek dan menangis.

Perkongsian tips dari Ina Haslina Muhammad Yunus ini boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut. Caranya sangat senang dan mudah, hanya menggunakan bawang sahaja.

Ikuti langkah di bawah:

1. Hiriskan beberapa biji bawang besar

2. Letakkan di tempat terbuka dan di dalam bilik seperti gambar ini.


Menurut doktor, badan manusia mempunyai mekanisma yang akan mengeluarkan benda kotor melalui mukus iaitu lendir hingus. Namun, sekiranya udara yang dihidu adalah kotor, maka hingus tidak akan berhenti.

Justeru, bawang yang dihiris tadi bertindak seperti vakum yang akan membersihkan udara secara semula jadi. Biasanya selepas melakukan kaedah ini, maka orang yang dijangkiti selsema tersebut akan pulih dalam tempoh 48 jam.

Bukan sahaja menjimatkan masa, malah ia hanya memerlukan kos yang rendah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.