Header Ads

Kisah Wanita Ini Buat Kita Belajar Tentang Erti Bertenang




Kenapa kita harus bertenang dalam setiap benda yang terjadi dalam kehidupan. Ya, orang kata sabar itu ada hadnya namun tulisan dari Nur Afiqah Hunain mungkin boleh membuka mata kita erti bertenang

Tenang, all is well

Setiap hari kelas tuisyen akan bermula jam 8 malam. Menjadi rutin untuk saya memulakan perjalanan jam 7 dan tiba di sana kira-kira 30 minit kemudian (campur jem dan lampu isyarat). Dan kebiasaannya, saya tidak akan sempat untuk menjamah makan malam. 

Hari ini, saya lewat dari selalu. Jam sudah pukul 7.22 petang, saya baru terhegeh-hegeh hendak bergerak. Pada mulanya saya enggan singgah di mana-mana kedai untuk membeli sesuatu sebagai alas perut dek hati yang bimbang akan tiba lewat. Saya paksakan juga diri kemudian. Sambil itu, saya pujuk hati untuk bersabar andai terpaksa mengharungi jem yang teruk.

Menjadi amalan untuk saya membaca bismillahhi lazi la yadurru ruasmaihi syai'un fil ardhi wala fisamaii wahuwal samiun a'lim terlebih dahulu sebelum memandu ke mana-mana serta berniat semoga Allah melancarkan perjalanan. 

Mengejutkan, semasa dalam perjalanan, hampir kesemua lampu isyarat yang perlu dilalui bertukar hijau tatkala kereta saya menghampiri persimpangan. Spot yang selalu saja jem teruk, juga masih lancar aliran traffiknya.

Biiznillah, saya masih tiba awal meski bergerak lambat dari Serdang. Kuncinya di sini, bertenang. Bila bertenang, saya sempat membeli sesuatu untuk makan malam meski hanya seketul roti dan sekotak air milo.

Bila sempat makan, saya lebih fokus untuk mengajar (orang lapar cepat marah dan tidak fokus). Bila fokus, kelas lebih proaktif dan mudah untuk saya mengawalnya.

Sambil memandu, saya reflek semula, andai saja diikutkan hati yang ingin cepat, mungkin saya tidak bertemu pengajaran seperti ini. Dek itulah, membuat keputusan dalam keadaan tenang lebih mendatangkan impak positif berbanding dalam keadaan emosi yang tidak stabil. 

Fiqah Nur, memujuk hati itu sama beratnya laksana menjinakkan haiwan peliharaan


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.