Header Ads

Lelaki Rebah Disebat 22 Kali Kerana Kesalahan Khalwat




Selepas didapati bersalah berkhalwat dengan wanita yang bukan muhrimnya, lelaki berumur 27 tahun, Herizal Yunus dihukum sebat di khalayak ramai semalam.

Bagaimanapun, memetik laporan Daily Mail, Herizal dilaporkan rebah setelah dirotan lapan kali di khalayak ramai di sebuah masjid di Bandar Aceh, Indonesia.

Kemudian, petugas membawa Herizal turun dari pentas dan seorang doktor memeriksanya dan berkata, lelaki itu sihat.

Dia seterusnya dibawa semula ke pentas untuk menerima baki 14 sebatan lagi. Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 22 kali terhadap Herizal selepas dia ditangkap berdua-duaan dengan seorang wanita yang bukan isterinya.


Herizal antara lapan pesalah yang dihukum sebat di khalayak ramai atas pelbagai kesalahan termasuk berkhalwat dan berjudi.

Aceh mula menguatkuasakan undang-undang Islam selepas mendapat kuasa autonomi pada 2001, sekali gus menamatkan pemberontakan di wilayah itu.

Undang-undang Islam mula diperkasakan sejak Aceh menandatangani perjanjian damai dengan Jakarta pada 2005.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.