Header Ads

Lelaki Sanggup Menyamar Sebagai Wanita Untuk Mencuri




Walaupun luaran macam perempuan dengan gaya tudung rekaan terbaru, tapi dia sebenarnya seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita dan berpura-pura mahu menunaikan solat tetapi niat sebenarnya adalah untuk mencuri beg tangan. 

Lelaki ini dilaporkan telah ditangkap di Surau Sunway selepas masuk ke ruang solat wanita dan mencuri beg tangan jemaah lain yang sedang menunaikan solat. 

Gambar tangkapan lelaki menyerupai wanita itu, tersebar dan menular (viral) di media sosial. Ada diantara netizen menganggap lelaki ini menyerupai Erra Fazira. 


Segelintir pengguna facebook yang mengaku mengenalinya mendakwa lelaki ini memang terkenal kerana banyak melakukan kes-kes jenayah sebelum ini.

Segelintir pula mengaitkan lelaki ini dengan satu lagi kes kecurian beg tangan yang pernah berlaku di GM Klang tahun lalu, di mana seorang individu kelihatan seperti wanita bertudung dirakam melalui rakaman CCTV membawa lari beg tangan seorang jemaah wanita lain yang menunaikan solat di dalam surau.

Difahamkan lelaki ini memang mempunyai banyak rekod-rekod jenayah lampau.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.