Header Ads

Wanita Ini Tetap Mencintai Lelaki Walaupun Obesiti




Saiz badan bukan menjadi penghalang buat pasangan kekasih dari Thailand iaitu Cherry dan Ball yang sudah berkenalan selama sepuluh tahun dan bercinta antara satu sama lain. 

Bagi pasangan tersebut, saiz badan mereka berdua sememangnya amat berbeza sekali, di mana si lelaki mempunyai berat badan 120 kg manakala si perempuan pula hanya 44kg sahaja. 

Cherry yang bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Mission di Bangkok berkata, "saya tahu dia tidak tampan tetapi saya rasa besar hati dapat keluar bersamanya. Dia seorang yang baik hati dan itu adalah yang paling utama."

Tambah Cherry, "dia adalah seorang yang kelihatan manis dan memahami. Contohnya dia tidak suka sangat wanita yang berambut pendek tetapi dia akan kata saya kelihatan comel apabila berambut pendek. "

"Kami berkongsi segala-galanya.... keriangan dan kesedihan.... itulah yang paling penting. Ketika kami berada bersama, ramai akan kata Ball seorang yang gemuk tapi kami tidak kisah kerana kami sayang orangnya bukan hanya penampilannya."

"Kami sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, saya tidak sabar agar Ball menjadi seorang ayah."

Kisah romantis ini mendapat liputan dan menarik perhatian masyarakat di media sosial, rata-rata netizen kongsi saat kegembiraan buat pasangan berkenaan.

Beberapa minggu sebelum ini, kisah wanita paling gemuk di dunia dari Mesir turut mendapat liputan meluas media dan juga netizen.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.