Header Ads

Pelajar KUIN Ditemui Mati Tergantung Dalam Tandas




Seorang pelajar lelaki Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ditemui mati tergantung dalam bilik air asrama penginapannya, malam tadi.

Laporan Bernama mengatakan, mayat mangsa ditemui rakan kira-kira jam 11 malam dengan lehernya dililit kain pelikat yang diikat pada saluran paip.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, mangsa berasal dari Perupok di Bachok, Kelantan.

“Balai Polis Kuala Ketil menerima maklumat mengenai kejadian, sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi. Ketika sampai, mayat mangsa sudah dibawa turun rakannya."

“Kita masih menyiasat kematian mangsa yang juga penuntut tahun satu jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah,” katanya


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.