Header Ads

"Mihunn Tomyan Ini RM1.50, Makanan Paling Mahal Di Kantin Aku"




Selepas viral kisah sedih murid sekolah menjamah nasi kosong hanya berlaukkan sayur dan dijual harga yang dianggap sangat tidak wajar, seorang pengusaha kantin meluahkan rasa kecewa dengan situasi itu.

Wanita berkenaan, Shaukat Shahirah yang menulis di laman Facebook berkata sebagai pengusaha kantin, apa yang paling dipentingkan ialah pemakanan murid di kantinnya. 

"Aku akan pastikan mereka kenyang dengan duit yang mereka belanjakan," ujarnya. Bagi wanita ini, dia memandangkan situasi yang melanda murid yang menjadi viral tempoh hari sebagai sangat tidak relevan, bila makanan di kantin sekolah dijual tidak selari dengan keadaan murid sekolah yang hanya berbelanja beberapa ringgit sahaja sehari. 

"Memang tak dinafikan semua barang naik harga, tapi tak bermakna kau boleh sewenang-wenang letak harga ikut suka!

"Tak salah lebih kurang dengan budak. Dan tak jatuh miskin kalau kau meniaga sambil bersedekah."

Sebagai pengusaha kantin, wanita ini faham tentang kenaikan harga semua barangan pada masa ini. Namun, kerana perbuatan pengusaha kantin lain yang tidak bertanggungjawab, masyarakat menuding jari kepada semua pengusaha kantin yang lain. 

"Ini adalah mihun tomyam RM1.50 dan juga makanan ini adalah makanan paling mahal di kantin aku," kata Shaukat lagi. 

Yang pastinya, ramai netizen lain memberikan sokongan kerana pengusaha kantin ini cuba menunjukkan contoh yang baik. Bukan sahaja menyediakan menu yang lengkap buat anak-anak murid di sekolah, malah harganya juga dianggap sangat munasabah. 

Mungkin semua pihak mempunyai jalan cerita berbeza. Apa pun, lihat kembali niat asal berniaga sebagai pengusaha kantin. Tepuk dada tanya selera.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.