Header Ads

Lelaki Sanggup Tikam Diri Sendiri Sebab Malas Dan Ingin Ponteng Kerja




Hanya kerana malas dan ingin ponteng kerja, seorang lelaki di Tokyo sanggup menikam diri sendiri.

Lelaki itu, Masura Miura, 54 dari Kasugai dikatakan menikam pinggulnya dalam bilik air stesen kereta api bawah tanah di Nagoya, Rabu lalu. 

Dia kemudian pergi ke balai polis dan membuat laporan palsu yang dirinya ditikam lelaki tidak dikenali. Pun begitu dia akhirnya mengaku kepada polis hal sebenarnya. 

"Saya tidak mahu pergi kerja, jadi saya lakukannya. Jika cedera, saya fikir, saya tidak perlu pergi kerja," katanya memetik laporan Tomonews Japan. 

Masura mendakwa tekanan kerja membuatkannya enggan pergi ke pejabat.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.