Header Ads

Logik Disebalik Pantang Larang Orang Tua




Generasi muda sekarang ini pantang ditegur. Apatah lagi dengan pantang larang orang tua-tua yang ramai golongan muda anggap merepek tetapi hakikatnya ada maksud di sebaliknya. Namun disebalik pantang larang tersebut sebenarnya agak logik walaupun telah berkurun lamanya. 

1. Masuk rumah waktu senja
Kepercayaan: Takut disorok hantu
Logik : Sebenarnya kerana waktu solat maghrib itu singkat. Ditakuti ia terlajak pula masanya untuk bersolat.

2. Jangan buka payung di dalam rumah
Kepercayaan : Takut dimasuki ular.
Logik : Sebenarnya ditakuti ia boleh membahayakan orang lain.

3. Tidak boleh lalu di bawah kain jemuran
Kepercayaan : Dikatakan boleh menyebabkan pening kepala.
Logik : Hakikatnya takut kain jemuran itu jatuh ke atas lantai atau tanah dan menyebabkan kotor semula.

4. Sesudah makan, tuang sedikit air ke dalam pinggan
Kepercayaan : Kononnya tidak akan kering rezeki.
Logik : Sebenarnya ia membantu untuk mencuci pinggan dengan lebih senang.

5. Tidak boleh berpindah tempat ketika makan
Kepercayaan : Katanya boleh menyebabkan berkahwin ramai.
Logik : Ditakuti boleh menyebabkan masalah makanan bersepah.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.