Header Ads

Pantai Yang Dulu Tempat Buang Sampah Kini Jadi Tumpuan Pelancong




Terletak hanya setengah jam sahaja dari Bandar Vladivostok, Rusia, sebuah pantai yang dikenali sebagai Pantai Kaca ini dipenuhi dengan keajaiban. Menurut sejarahnya, kawasan ini dahulu dijadikan sebagai tempat pembuangan kaca dan porselin oleh sebuah kilang dan pembuangan botol vodka oleh penduduknya.

Bertahun-tahun kemudian, pemandangan di Teluk Ussuri ini menjadi sangat berlainan kerana serpihan kaca pecah tersebut mengubahnya menjadi seakan-akan pantai yang bercahaya. Cahaya matahari yang menerangi pada siang hari membuatkan kaca-kaca itu mengeluarkan sinar yang berwarna-warni.


Jangan risau kaki akan luka jika berkunjung ke sini kerana serpihan tajam botol-botol pecah tersebut sudah berubah menjadi batuan kerikil yang cantik disebabkan ombak laut dan proses semula jadi.

Pengunjung dapat menikmati suasana di persisiran pantainya yang ditaburi batu permata dengan aneka warna seperti pelangi. Jika dahulu hanya menjadi tempat pembuangan dan dipandang sepi, namun sekarang Pantai Kaca ini menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk datang berenang pada musim panas.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.