Header Ads

Pemotong Rumput Dihina "Manusia Takda Otak"




Kasihan, buat kerja pun salah, tak buat pula dikatakan tidak bertanggungjawab dan pelbagai tohmahan lain. Itulah nasib yang dilalui oleh seorang pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai di Pulau Pinang. 

Seorang netizen berkongsi gambar pekerja kebersihan tersebut yang sedang menjalankan tugas memotong rumput. Dengan nada marah katanya tindakan lelaki itu memotong rumput di kawasan khalayak ramai boleh mengundang bahaya. 

"Inilah manusia paling tiada otak. Dah tahu orang ramai kat sini duk jugak mesin tak berhenti.."

Sudahlah tidak menunjukkan rasa kasihan langsung terhadap pekerja tersebut yang terpaksa menahan panas terik dan bekerja hanya berbumbungkan langit, kata-kata kasar pula yang dihamburkan. 

Tak dinafikan berada berhampiran orang ramai memotong rumput boleh mengundang bahaya. Namun, sebagai manusia yang mempunyai waras fikiran, perlu ke mereka yang sedang bekerja demi sesuap nasi itu dimaki begitu sahaja? 

Tidakkah mempunyai jalan lain agar terhindar daripada bahaya itu, si netizen inilah yang seharusnya beredar dari kawasan itu buat sementara waktu.

Memang sangat menyedihkan pemikiran yang hanya pentingkan diri sendiri ini. Bayangkan apa yang berlaku jika rumput di situ dibiar sahaja untuk jangka masa lebih lama? Tidakkah ia boleh merosakkan pemandangan dan lebih teruk menjadi sarang kepada binatang liar seperti ular? 

Status berkenaan yang dikongsikan laman Penang Kini turut mendapat reaksi kurang senang daripada netizen lain yang menyifatkan individu yang melemparkan kata nista itu tidak pandai menghargai jasa orang lain. 

Kesimpulannya, sebelum mengeluarkan apa-apa komen atau status berunsur negatif terutamanya, fikirlah dahulu tentang diri orang yang anda kritik atau marahkan itu. Jangan hanya kerana ingin diri sendiri terlepas dari bahaya, orang lain yang menjalankan tugas dimaki dan dicaci. 

Ucap terima kasih dan berikan sedikit penghargaan atau sekurang-kurangnya hindarkan perkataan kasar, rasanya sudah cukup bagi menunjukkan anda ada harga diri.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.