Header Ads

"Saya Bukan Jual Agama" Sharifah Khasif Dedah Hal Sebenar




Minggu lalu kita dikecohkan apabila satu berita hangat mengenai kelas mengaji Al-Quran di dalam pesawat jet mewah menjadi viral di laman sosial.

Kelas mengaji Al Quran itu menjadi bualan ramai kerana meletakkan yuran kos sebanyak RM33,400. Kelas tersebut dikhabarkan mengenakan bayaran sebanyak RM2,000 sejam bagi setiap sesi tanpa meluncuri awan biru. Manakalanya, sekiranya anda ingin mengikuti kelas tilawah sambil terbang di udara anda perlu membayar sebanyak RM33,000 sejam.

Setelah berita tersebut menjadi viral, Sharifah Khasif telah dihentam teruk oleh ramai netizen. Ramai yang beranggapan beliau seakan-akan menjual agamanya sendiri.

Kecewa dengan persepsi orang ramai, beliau akhirnya tampil dan menceritakan fakta sebenar mengenai perkara tersebut yang dikatakannya telah dimanipulasi:


Bayaran mengaji dalam jet mewah RM33400 sejam adalah tidak benar.

Saya bukan penjual Agama.

Saudara saudari yang dirahmati Allah,

Fahami dulu apa yang dikatakan penjual agama. Saiyyid Qutb menyebut dalam Fi Zilalil Quran sebagai mengulas satu ayat dari surah Al'Araff iaitu orang alim tentang agama, yang mengetahui hakikat agama Allah kemudian memutarbelitkannya demi kepentingan dunia sehiingga tidak berani berkata yang benar malah mereka berpihak kepada perkara yang batil demi wang ringgit, pangkat darjat dan sebagainya malah menggunakan ilmunya untuk penyelewengan yang dikehendaki.

Mengaji dalam private jet memang satu perkara yang baru. Ia juga satu pendekatan baru untuk mendekatkan kita dengan Al Quran spt Allah rakam dalam surah imran, iaitu mengingati Allah walau di mana saja sambil berdiri, duduk, dlm keadaan berbaring.

Saya telah ditawarkan oleh pihak Elite Jets Sdn Bhd untuk membimbing kelas al quran secara percuma kepada mereka yang menggunakan khidmat Elite Jets Sdn Bhd dalam memartabatkan Al Quran di mana saja berada. Memang tidak dinafikan, rata2 mereka yang menyewa terdiri daripada golongan vvip, kerabat dan usahawan yang berjaya dalam dan luar negara.

Jumlah RM33400 sejam itu BUKAN bayaran pengajian tetapi itu adalah rate perjalanan untuk private jets yang memang dah standard ada di laman web Elite jets sdn bhd. Sebab tu saya kata, berapa ramai yang tahu tentang private jets. Kita terkejut bila dengar nilai jet tak tau lagi charge operating cost per hour yang mencecah usd5k utk kos minyak, permit, insurance dan maintainance cost. Jadi tawaran kelas adalah pilihan setiap penyewa jet itu sendiri samaada pengajian ketika fly atau adakan private class sesama mereka tanpa diterbangkan.

Saya hargai pandangan netizen dengan komen2 positif dan negatif. Tapi janganlah memfitnah keterlaluan sampai mengaibkan seseorang dengan benda yang tak betul. Masyarakat bebas bercakap apa yang mereka nak ckp, tapi saya enggan membalas kata kata mereka kerana saya tahu apa yang saya buat. Saya mengajar atas dasar ingin menyampaikan ilmu al quran dan minat yang mendalam tentang al quran. Bukan mudah untuk mempelajari Al Quran sebenarnya, sebab al quran adalah mukjizat dan tak boleh ambil sambil lewa tetapi perlu commitment yang tinggi. Saya yakin Allah akan bantu dalam urusan dakwah ini .InsyaAllah.

Akhir sekali, apa yang nak saya katakan adalah ini minat saya. Al quran adalah hiburan saya. Dari dulu lagi saya katakan, saya tetap dengan prinsip saya. Biar melawan arus, jangan melanggar aqidah. Mohon maaf salah silap.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.