Header Ads

"Tak Perlu Bertekak IPTA Mana Lagi Bagus, Mentaliti Graduan Masih Sama"




Saya merupakan seorang bekas pensyarah di universiti swasta dan merupakan graduan sarjana di salah satu IPTA Malaysia. Saya terpanggil untuk menulis kerana ramai yang membuat perbandingan antara graduan dan pelajar IPTA (mana lagi bagus, mana lagi susah nak score). Bagi saya perbandingan ini tak penting dan tak relevan. Semua bergantung kepada individu atau pelajar tersebut.

Sepanjang saya bekerja, saya dan juga teman pensyarah lain juga terlibat dalam pemilihan calon pensyarah baru. Kebanyakkan resume yang kami terima dari pelajar IPTA. Kenapa saya katakan perbandingan graduan IPTA tidak relevan? Kerana apabila anda bekerja, anda tidak dipilih dari univesiti mana anda belajar.

Pertama sekali anda dipilih dari segi kualiti Cover Letter dan Resume anda. Walaupun calon mempunyai CGPA yang memberansangkan, tetapi di tolak mentah-mentah kerana gaya resume dan cover letter yang sangat teruk (format salah, masih letak hobi dalam resume). Banyak contoh diinternet tentang resume dan cover letter. Tidak ada alasan lagi untuk membuat kesilapan.

Kedua, semasa temuduga, imej sangat penting kerana ia memberi first good impression kepada bakal majikan. Malangnya sesetengah calon hanya sambil lewa dengan imej dengan alasan, imej tak menentukan kepandaiaan seseorang. Paling kerap ialah melipat lengan baju kemeja atau baju kurung, bagi wanita pula memakai sandel dan make up berlebihan.

Ketiga adalah penguasaan Bahasa Inggeris (B.I). B.I merupakan medium pengajaran di universiti tempat saya bekerja. Amat menyedihkan, kebolehan berkomunikasi secara professional bagi graduan kita masih lemah. Mereka boleh berbicara dalam B.I semasa temuduga tetapi apabila berbual biasa dalam B.I sangat mengecewakan.

Keempat ialah pengalaman bekerja, iya saya tahu graduan merungut bagaimana hendak ada pengalaman bekerja jika saya baru sahaja habis belajar? Pengalaman kerja yang di cari bukan semestinya dari area kerjaya yang sama. Jika anda pernah bekerja sebagai sales person di supermarket sekali pun akan memberi kelainan dalam resume anda jika anda berjaya menjelaskan skills yang anda berjaya kuasai dari pengalaman bekerja tersebut.

Sebagai contoh:

Previous working experience: Sales person at Aeon
Skills gained: ability to communicate with customer in English and learn marketing strategies.

(Jangan lupa, kaitkan skills yang anda pelajari dengan kerja yang anda mohon).

Percayalah, sedikit pengalaman kerja itu banyak manfaat di masa hadapan.

Terakhir, banyakkan pengetahuan tentang isu semasa di Malaysia atau luar negara (bukan isu artis ye) dan belajar untuk memberi pendapat secara matang dan rasional.

Akhir kata, tujuan saya menulis confession ini kerana saya agak terkilan dengan graduan IPTA kita yang masih lemah untuk menguasai perkara di atas. Nampak senang tetapi percayalah ramai yang masih membuat kesilapan2 senang ini. Tak perlu lagi bertekak IPTA mana lagi bagus, kerana percayalah mentaliti graduan kita (especially melayu) masih sama. Kalau nak compare boleh cuba compare dengan graduan Harvard ke, mungkin terduduk kita dibuatnya. Hehe.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.