Header Ads

8 Bulan Bercinta Akhirnya Kekasih Hati Seorang Pondan




Cinta itu buta. Kadang-kadang kita akan jatuh cinta pada seseorang yang kita sendiri tidak jangka. Ada yang jatuh cinta pada kawan baik sendiri dan ada juga yang jatuh cinta pandangan pertama. 

Namun, bagi pasangan kekasih ini di Pangkalan Bun, Indonesia ianya sememangnya tidak disangka-sangka apabila seorang lelaki akhirnya mengetahui kekasih hatinya itu adalah seorang transgender atau pondan. 

Kedua-dua mereka telah menjalin hubungan cinta sejak 8 bulan yang lalu tetapi mereka jarang berjumpa kerana Rizki Budian menetap di Pangkalan Bun manakala kekasihnya, 21 tahun Lauren tinggal di Manis Mata. Jarak di antara dua bandar tersebut memakan masa sehingga 5 jam. 

Pasangan tersebut akan berjumpa dua kali sebulan dan setiap kali berjumpa, Rizki tidak pernah mengesyaki apa-apa setiap kali mereka berjumpa. Lauren juga tidak pernah memberitahu jantina sebenarnya. 

Perwatakan Lauren juga tidak seperti lelaki malah peribadi Lauren saling tak tumpah seperti seorang wanita yang lemah lembut dan mempunyai susuk tubuh yang menarik. 

Setiap kali mereka berjumpa Lauren akan memakai tudung. Rahsia wanita ayu itu terbongkar apabila mereka ditangkap berkhalwat dalam sebuah hotel bajet di Pangkalan Bun. 

Lauren akhirnya mengakui kepada pihak berkuasa tempatan bahawa dia seorang lelaki tetapi sering berpakaian seperti wanita dan juga memperdaya Rizki melalui laman sosial. Rizki ternyata amat terkejut sehingga berasa sungguh malu dan menyesal. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.