Header Ads

"Air mata mak bertakung seakan terharu dengan ucapan aku dan rezeki aku di murahkan" - Zabidi Jordan



Banyak duit zabidi belanja mak itu ini, macam orang dah bekerja." kata mak membuka bicara setelah kami selesai solat maghrib berjemaah.

Aku tersenyum mendengar ungkapan mak sambil memikirkan apa jawapan yang sesuai untuk aku jawab pada mak.

"Ini rezeki Allah telah peruntukkan untuk mak, sepertimana Allah beri rezeki untuk mak membesarkan kami 11 beradik dahulu." Jawabku pada mak.

"Zabidi cuma minta mak sentiasa doakan Allah permudahkan segala urusan yang dilakukan dan mak redha, itu sudah cukup." Pintaku pada mak.

Kelihatan air mata mak bertakung di matanya seakan terharu dengan ucapan aku, tetapi cuba ditahan. Aku terus memeluk erat mak dan kami saling berpelukan.

Inilah satu-satunya Permata Hati yang tinggal untuk saya mencurah kasih setelah ayah tiada, saya berjanji pada diri untuk berbakti dan membahagiakan sebelum dia memejamkan mata.

--------------------------------------------------------------------

Saya masih ingat waktu saya meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian di Jordan kepada mak. Mak terasa berat hati kerana risau memikirkan biaya pengajian saya di sana nanti. Sementara ayah pula sedang sakit ketika itu, pastinya memerlukan belanja yang banyak untuk merawat sakitnya itu.

Tapi, saya tetap bertekad untuk mencapai impian saya mendalami ilmu agama di bumi anbiya'. Saya meyakinkan mak yang saya akan berusaha sendiri untuk menampung biaya pengajian di sana.

Kata orang, yang datang belajar di sini kalau tanpa tajaan, pastinya anak orang berada yang mampu menampung kos sara hidup yang tinggi di sini.

Tapi, itu tidak mematahkan semangat saya untuk menuntut ilmu di sana. Ulama' dahulu lebih besar cabaran yang mereka hadapi.

Mungkin juga dengan sebab didikan ayah dahulu yang melatih kami adik beradik untuk berdikari bagi mendapatkan duit, menjadikan saya berani untuk mengambil cabaran ini.

Cara ayah didik kami, kalau mahukan duit belanja kerja dahulu. Diberi kami modal, hasil keuntungan itulah duit belanja untuk kami. Barulah rasa bagaimana susahnya ayah mencari duit.

Jika dihitung perbelanjaan sepanjang hampir 5 tahun saya di sini, rasanya boleh beli sebiji kereta idaman Toyota Vios model terbaru secara cash.

Jika ditanya kepada saya dari mana saya dapat duit untuk menampung perbelanjaan yang serba serbi mahal di sini. (Kalau nak tau cas GST di negara ini 16%, tukaran matawang terkini sebanyak RM6.25 untuk sedinar) Susah untuk saya jawab soalan ini. Saya cuma katakan ia dari Allah.

Tapi, bila saya jawab begitu ramai yang tak puas hati dengan jawapan yang diberikan.

Orang lain, bila kehabisan duit tunggu hujung bulan pihak tajaan masukkan duit atau minta mak ayah masukkan duit. Tapi, saya hanya mampu berdoa dan tawakkal tunggu rezeki dari Allah.

Jangan salah sangka, bukannya saya bertawakkal tunggu rezeki datang bergolek tanpa berusaha. Maksudnya, bila saya usahakan buat bisnes dapat sambutan, cuba memohon bantuan zakat diterima. Saya usahakan juga asbab rezeki itu. Tapi, selebihnya Allah yang beri.

Ok, saya bagi contoh antara bentuk rezeki yang saya terima.

1. Ada satu hari selepas keluar dari masjid, saya terasa lapar dan ingin membeli makanan, tapi nngak punya uang..tiba-tiba datang seorang pakcik tua berambut putih dari belakang menegur saya dan bertanya " enta maliziy ?". "Naam" jawab saya. Lalu diberikan sejumlah wang kepada saya. "Leish ?" tanya saya kenapa. Lalu dijawab kerana dia sukakan pelajar Malaysia. (sampai sekarang pikir pakcik ni malaikat ke tiba-tiba muncul)

2. Saya memakai sebuah telefon bimbit yang dibeli dengan harga yang murah untuk berjimat, cukup hanya ada aplikasi yang membolehkan untuk berinteraksi dan berhubung. Pada satu malam di bulan ramadhan selepas solat tarawih, saya singgah di rumah kawan untuk moreh. Lalu, saya dikejutkan dengan satu kotak hadiah yang berisi telefon bimbit baru dihadiahkan oleh kawan-kawan. Sampai sekarang masih guna phone ni.

3. Baru-baru ini, semasa mendapat berita pemergian arwah ayah..dalam hati rasa sedih tak dapat balik untuk melihat wajah ayah buat kali terakhir. Kebetulan waktu tu tengah dalam program dan saya jadi pengarah, saya balik kejap buat solat ghaib dan kembali meneruskan program macam biasa. Tiba-tiba kawan saya datang bagitahu suruh siap-siap untuk balik malam tu jugak, sebab mereka dah belikan tiket untuk saya dan hantar saya sampai ke airport.

Ada lagi cerita yang tak dapat saya selitkan di sini, tunggulah nanti kalau rajin saya tulis buku. (Tak tahu bila keluar buku tu..hehe)

Hari ini, saya perhatikan anak-anak muda yang baru hendak memulakan hidup terbeban dengan berbagai bentuk hutang. Hutang belajar, kereta, kahwin.

Dalam saya masih belajar, dan tidak mempunyai pendapatan sebegini, saya telah pun melangsungkan perkahwinan semasa di tahun kedua. Dan saya juga telah pun memiliki kereta terpakai sendiri yang dibeli secara tunai. Semuanya tanpa berhutang.

Dan Alhamdulillah, saya juga telah terpilih untuk menunaikan haji tahun depan.

Antara amalan yang saya lazimi sehingga kini ialah saya akan telefon dan bertanya khabar kepada mak seminggu sekali atau dua kali. Tetapi, selepas pemergian ayah saya telefon mak hampir setiap hari supaya mak tidak terasa sunyi.

Dulu semasa mula-mula kerja, saya berikan semua gaji pertama saya dan belikan hadiah kepada mak. Selepas itu untuk bulan-bulan seterusnya, saya bahagikan duit gaji kepada 3. Pertama, untuk mak kedua, tabung haji ketiga, simpanan untuk belajar.

Sewaktu belajar,oleh kerana tak mampu beri duit kepada mak, saya 'haram'kan diri saya untuk minta duit daripada mak. Sudah terlalu banyak duit mak habiskan untuk membesarkan saya dahulu.

Doa dan redha mak, saya hanya bermodalkan kedua ini sahaja untuk ke mana-mana. Selagi saya berada di bumi Allah, di situ pasti ada rezeki untuk saya.

Begitulah, kalau kita menjaga dan menyenangkan hati mak ayah kita, insya Allah akan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk kita dari jalan yang tak kita sangka.

Kepada yang masih punya ibu, ambil peluang untuk taat dan berbakti kepada mereka sementara mereka masih ada, kerana ia juga akan menjadi pemberat mizan kita di akhirat kelak.

Mak kita bukannya mahu duit kita sangat pun, mereka hanya mahukan belaian dan perhatian daripada kita sahaja, sepertimana mereka membelai kita sewaktu kecil dahulu.

Kalau nak katakan ini sebagai plan kewangan,
iya, inilah salah satu rahsia plan kewangan saya. Skim pelaburan dunia akhirat. Makin banyak kita memberi (terutama ibu dan keluarga) semakin banyak lagi Allah akan beri.

Prinsip kewangan saya begini :

"Gusti iku sambaten naliko sira lagi nandhang kasangsaran. Pujinen yen sira lagi nampa kanugrahaning Gusti."
.
.
.
Sapa yang berjaya baca sampai habis ketik like dan komen 'Alhamdulillah' 

Sumber : Zabidi Haji Azhar


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.