Header Ads

Takziah, Suami Kepada Penyanyi Nora, Komposer Johan Nawawi Meninggal Dunia




Takziah diucapkan buat penyanyi Nora Ariffin yang dilaporkan baharu sahaja kehilangan suaminya, Johan Nawawi awal pagi Jumaat.

Memetik laporan Mstar Online, berita itu disahkan sendiri oleh Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara. 

Komposer berusia 52 tahun itu dibawa ke pusat perubatan di Subang Jaya selepas keadaan kesihatannya kurang mengizinkan.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 pago. Manakala, menurut anaknya, Mohd Syakir Alif, bapanya itu meninggal akibat serangan jantung. 

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.