Letak Kereta Sesuka Hati, Netizen Kecam Pemandu Pentingkan Diri
Pemandu hari ini dilihat semakin mementingkan diri sendiri. Jika bukan tunjuk 'samseng' dan penting diri di atas jalan raya, pasti ada saja perkara menyakitkan hati dilakukan seperti memarkir kenderaan secara semberono.
Baru-baru ini beberapa buah gambar memaparkan sebuah kereta Axia berwarna kuning yang disifatkan 'bebal' kerana memarkir kenderaan di simpang jalan di sebuah premis dipercayai sebuah kolej tempatan, sekali gus menyukarkan pemandu lain menggunakan jalan terbabit.
Tak tahan dengan sikap penting diri tuan kereta berkenaan, beberapa keping notis diselitkan pada pengelap cermin depan kereta.
"Bodoh tu simpan sikit.
"Awak bodoh ke parking sini? Kesian awak," kandungan notis berkenaan.
Perkongsian itu turut mengundang kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap penting diri tuan kereta terbabit.
"Berbakul-bakul 'bodoh' kau tapau ya! Hahahahaha!" komen netizen.
Dunia semakin moden, teknologi semakin membangun, tetapi mengapa masih ada manusia yang semakin mundur pemikirannya? Ada orang kata cara pemanduan seseorang sedikit sebanyak mencerminkan keperibadian dan perangainya, betulkah?
Post a Comment