Header Ads

"Aku Pun Tak Tahu Apa Aku Nak Dalam Hidup Sampai Mak Ayah Kongkong Aku"




Aku Shasha (nama singkatan yang jarang orang panggil). Umur aku 22tahun. Aku dah tinggal menetap kat Seremban ni selama hampir 12tahun. Aku anak kedua daripada 4orang adik beradik. Mak aku suri rumah sepenuh masa, anak askar dan ayah aku pencen askar, anak askar juga. Senang cerita family aku keturunan askar la. Huhuhu. Tu serbe sedikit biodata aku la.

Kisahnya begini.

Awal tahun 2013, aku masuk kerja 7e. Bulan 3 aku ambil result SPM. Mak ayah aku alhamdulillah happy sangat lepas tengok result aku. Nak dijadikan cerita, lepas dapt result tu, tak tau la kenapa. aku tak terfikir langsung nak mohon IPTA, IPTS, Matrik, Politeknik, Kolej, Giatmara, UPNM dan sewaktu dengannya. 

Regular customer 7e aku selalu tanya “dah apply SPA belum?, result ok, sayang tak sambung belajar”, aku cakap “dahhh”. padahal belum. Website SPA pon aku tak pernah buka masa tu. Aku tak pernah tanya kakak aku langsung macam mana nak apply. Sebab masa tu kakak aku pun sibuk belajar kat kolej dia. 

Mak ayah pon aku tak pernah tanya nak sambung belajar ke tak. Lagipun masa tu aku leka dengan kerja pagi petang malam, leka dengan gaji 7eleven dibayar 2x sebulan, lumayan betul la. Siyes. Tapi akhirnya aku berhenti lepas 5bulan kerja, aku berhenti bukan sebab bosan atau tak best kerja 7e. Tapi aku ada masalah dengan orang kedai sebelah. Yang tu aku tanak cerita, tak penting pon.

Lepas berhenti tu, aku tolong mak ayah aku buat kerja kat rumah. Aku ada jugak terfikir nak sambung belajar masa tu, tapi yuran pendaftaran pulak jadi masalah. Silap aku sebab aku tak pernah simpan duit gaji aku yang lepas2 untuk sambung belajar. Kawan2 aku semua dah sambung belajar, aku je yang masih terperap dalam rumah. Mungkin belum rezeki aku kot.

Selang setahun tu aku kerja C******g, niat nak cari duit untuk sara diri sendiri. Serba salah jadinya. Barang keperluan peribadi pon mak ayah belikan. Tapi sayangnya aku tak bertahan lama kerja situ. Kali ni atas faktor kawan yang tak bagi kerjasama langsung dalam waktu bekerja. Kesudahannya aku terperap balik dalam rumah, tolong mak ayah aku urus perihal dalam rumah. Hahahaha.

Sejak dari tahun 2014, aku berniat nak masuk askar konon nak banggakan mak ayah aku, nak mempertahankan negara. Aku suka tengok kemegahan TENTERA. Tapi aku rasa aku tipu diri aku sendiri. Sejujurnya aku berhasrat nak masuk askar ni sebab aku mula nampak mak ayah aku perlahan2 kongkong aku. 

Aku rasa aku perlu cari jalan untuk keluar dari rumah, belajar berdikari sendiri, duduk rumah sewa. Bukan nak jadi anak derhaka, aku bukan spesis perempuan liar. Aku sentiasa dengar cakap mak ayah aku. Cume kadang2 agak bosan la. Duduk rumah je, kalau keluar berjalan pon dengan family sahaja. 

Ada jugak kawan sekolah aku tanya “Kenapa kau tak sambung belajar?”. Aku terpaksa tipu kawan aku, “Tak nak la, aku takut aku tak mampu nak bayar hutang lepas habis belajar nanti”. Sedangkan itu sebenarnya alasan mak ayah aku untuk tak bagi aku sambung belajar sebab diorang kata, “orang kaya boleh la sambung belajar”, “payah la sambung belajar, banyak nak pakai duit”, “baik angah kerja, cari duit. 

Kalau sambung belajar pon, lepas tu jadi pengganggur, tak jadi apa juga”. Aku ingat kata2 mak ayah aku. Aku sedih, aku nak sangat sambung belajar dalam bidang perakaunan, tapi mak aku tak bagi galakkan. Aku tak dapat rasa hidup seorang student, aku tak ramai kawan, aku cuma ada kawan2 sekolah, tu pon ramai yang krik krik lepas habis sekolah, mungkin sibuk dengan study. 

Jadi berbalik kepada cerita aku. Aku berniat nak masuk askar sebab aku dah mula perasan mak ayah aku dah terbiasa dengan adanya aku dalam rumah, aku akan tolong diorang buat kerja rumah.

Dipendekkan cerita, masa awal tahun 2015 aku pergi pemilihan awal TDM. Aku lulus. Tapi pemilihan akhir aku gagal. Selang beberapa bulan akhirnya aku lulus pemilihan awal dan akhir TDM. Alhamdulillah aku laporkan diri kat Kem Askar tu hujung tahun 2015. Aku lega sangat, akhirnya aku terlepas dari kongkongan mak ayah aku. 

Aku fikir kalau aku tamat latihan, mesti aku akan diposting ke luar negeri. Tapi masalah lain pula timbul bila dah angkat sumpah, jalani latihan di kem. Mesti semua sedia tahu kan standard latihan ketenteraan macam mana. Konfliknya di sini fizikal dan mental aku tak cukup kuat untuk jalani latihan. 

Kesudahannya awal tahun 2016 aku dihantar pulang atas faktor kesihatan yang tak dapat dielakkan. Dan semestinya aku kembali dalam pangkuaan mak dan ayah aku. Diorang gembira aku balik Seremban. Aku pon lege dah sampai Seremban. Tapi itu la. Hahahaha

Kesimpulannya kini aku penganggur, dah hampir 4bulan. Aku dalam dilema untuk memilih hala tuju hidup aku sendiri. Mak aku selalu bandingkan aku dengan anak kawan2 dia. Jujur aku serba kekurangan, tiada lesen kereta motor, tiada kawan. Aku tak tahu nak minta tolong siapa. 

Aku nak cari kerja tapi ayah aku tak mampu nak hantar aku hari2 pergi kerja. Dan lagi satu family aku bukan kaya, nak naik teksi, bas setiap hari ke bandar. Aku pernah nak mintak kerja kilang itu ini, ada satu kilang tu tak ada kemudahan pengangkutan. Tapi Hostel ada. 

Aku cuba buka topik pasal hostel tu, tanpa habis berbincang mak aku bermasam muka dan terus putuskan untuk tak bagi aku tinggal kat hostel. Aku sedih, mak aku tak bagi aku ruang untuk aku berdikari. Mak ayah aku berharap aku dapat kerja kerajaan. Sebab tu mak ayah aku izinkan aku masuk askar, duduk dalam kem. 

Tapi tak ada rezeki aku, niat masuk askar pon dah kelaut. Aku pernah apply SPA tahun lepas, dua kali dipanggil untuk interview kerja, tapi mak ayah aku tak dapat tolong hantarkan aku. Akhirnya sampai sekarang SPA tak panggil aku datang interview dah walaupun aku dah banyak kali apply.

Allahu, aku tak tau mana hala tuju aku. Aku sendiri tak tau apa bakat, kebolehan, kelebihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa supaya aku dapat kerja. Kerja yang sesuai dengan diri aku. Tapi belum ada rezeki. Mungkin Allah nak aku fokus jaga mak ayah aku sekarang ni. 

Kadang2 aku rasa aku anak tak guna sebab aku tak dapat nak bantu family aku dari segi kewangan. Aku tak tau nak salahkan siapa dalam cerita ni. Aku tak tau punca aku jadi macam ni sekarang. Kadang aku stress dengan cara hidup aku. 

Tapi aku tak pernah terlintas untuk salahkan Allah swt. sebab aku percaye, setiap ujian yang Allah turunkan pada kita semua pasti ade hikmahnya. Ade pengajarannya. Apapun terima kasih kerana sudi baca kisah hidup aku. Aku berharap korang semua tolong doakan semoga Allah permudahkan segala urusan hidup aku. Thank you again. Assalam


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.