Header Ads

"Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Kita"




Aturan Allah itu awesome. Bila aku teliti satu-satu apa yang jadi pada aku, aku sendiri kagum and rasa macam aihhh. Allah Maha Besar.

Bermulalah kisah aku. Aku alhamdulillah dengan rahmat-Nya aku dapat result yang cemerlang since UPSR sampai lah ke PMR. Alhamdulillah result cemerlang PMR aku melayakkan aku untuk masuk ke MRSM. 

Dan alhamdulillah sekali lagi result SPM aku pun cemerlang. Elok je lepas habis jawab exam SPM, aku ditawarkan Skim Pelajar Cemerlang(SPC) dalam bidang account oleh pihak MARA.

Alhamdulillah things going well sampai lah ke result exam aku untuk semester pertama.

“Dua subjek FAIL”

Aku menangis, down, and baru rasa apa perasaan kawan-kawan aku yang pernah dapat keputusan kurang cemerlang. Tapi aku tak give up. Aku cuma kata pada diri, aku ada buat salah dalam life aku atau ada hikmah yang Allah tengah aturkan.

Dan berlalu lah ke semester kedua. Hujung semester 2, aku disahkan sakit Thyroglossal Cyst yang memerlukan aku untuk berulang ke HUKM setiap dua minggu. Sebab awalnya doktor still tak dapat kenal pasti aku sakit apa. Aku berulang ke hospital sampailah tahu aku sakit apa. Masa tu jauh daripada mak ayah. Sebab aku belajar di Kuala Lumpur. Family di Perak. Masa tu lah banyak belajar untuk berdikari buat semua benda sendiri. Sampai time hari aku kena masuk wad untuk operation, baru family aku ada bersama aku.

P/s: bukan family aku taknak datang awal. Tapi checkup je yang awal2 tu. Aku yang tak bagi family aku datng jenguk awal2.

Dalam masa aku belajar ni, aku rapat dengan sorang kakak ni yang kerja kat koperasi asrama and kolej aku. Dia pun selalu sorang-sorang and aku pun selesa dengan dia. So most of the time memang selalu lepak dengan dia je.

Dipendekkan cerita, aku habiskan sampai semester 3 dengan 9 subjek yang 2 daripada 9 tu aku tak selesaikan 2 subjek untuk lulus. Actually ada 4 subjek yang aku tak lulus, tapi aku repeat amek and yang settle 2 je. Kos untuk amek satu paper pun tinggi. Aku datang daripada keluarga yang sederhana dan aku tak mampu untuk mintak duit pada mak dengan ayah utk exam aku. Untuk pengetahuan tak silap aku satu paper aku boleh mencecah dekat rm100+-. Aku amek Certified Accounting Technician.

End up aku amek keputusan ni bukan yang sesuai untuk aku. Aku dah buat satu keputusan yang salah. Aku QUIT. Yes aku QUIT. Aku tahu ramai yang kata aku rugi. Time tu umur aku 19. Time tu jugak lah aku boleh kenal mana kawan masa menangis, mana kawan masa gelak. Slow2 sorang-sorang tinggal aku. Time tu dah sembuh sikit-sikit ,just tak boleh angkat barang berat sebab bekas operation kat leher.

Lepas da quit, aku duduk rumah. Aku fikir nak sambung study dalam course lain. Tapi aku dah taknak susahkan parents aku. Aku nak cuba kumpul duit sendiri. Aku apply kerja jadi waitress kat Ipoh.

Berhijrahlah aku daripada Kuala Kangsar ke Ipoh.

Masa tu sekali lagi duduk jauh daripada family. Masa tu jugak lah aku kenal kawan-kawan yang merempit, kawan-kawan keluar malam, macam2 jenis lagi lah. Macam-macam perangai aku jumpa.

Tak… Aku tak kata orang yang merempit, melepak tu tak elok. Kalau korang dalami diorang ni betul-betul, diorang ni baik sebenarnya.

Selama setahun aku kerja kat restoran tu yang mana sambil dikelilingi manusia-manusia yang pelbagai perangai, ragam dan kisah, aku belajar satu pengalaman yang mana aku dapat bezakan macam mana cara yang sepatutnya aku layan orang luar. Ok. Macam ni. Contohnya, cara cakap dengan orang pendidikan tinggi macam ni, cara cakap dengan golongan yang lain ni macam ni. Cara cakap dengan orang sederhana macam ni. Cara cakap dengan orang berharta macam ni.

Alhamdulillah cukup setahun aku kerja, lepas apply UPU, aku dapat course Diploma in Landscape Architecture kat UiTM. Alhamdulillah tahun pertama aku dapat survive dengan duit hasil aku kerja tanpa mintak duit dengan family aku.

Ok tu kisah perjalanannya. Ni aku bg tahu hikmah selepas semua benda tu jadi.

1. Time aku belajar foundation, aku ada fail, actually fail ni ajar aku untuk aku jadi lebih kuat dan tak mudah untuk give up.

Aku amek course landscape architecture which is buat design. Bukan tanam pokok susun pasu ye. BUAT DESIGN. So bila design kena reject, aku dapat terima benda tu and aku tahu macam mana nak handle diri aku bila design kena reject. Tak ada lah aku rasa sampai nak quit macam ada sesetengah kawan aku rasa. Sebab aku pernah rasa apa itu maksud gagal. Alhamdulillah.

2. Landscape architecture or arkitek ni adalah cita-cita aku masa umur 5 tahun dulu. Benda ni aku baru ingat masa aku semester 1 diploma ni. Masuk account tu tersesat, salah masuk jalan. Hehe.

3. Ingat tak akak yang aku rapat, yang akak koperasi tu, dia jodoh abang sedara aku. Da kawin da pun sekarang. Diorang kenal melalui aku. Nampak tak Allah susun macam mana. Baik punya Allah susun.

4. Ok. Time foundation, aku tak pernah tinggal kelas, tak pernah tak settle kn assignment. Tapi aku ada fail yang sampai aku down sangat kan. Time aku diploma landscape architecture yang life nya hanya duduk dalam studio buat design, and belajar ni, alhamdulillah pointer aku maintain atas 3, and alhamdulillah hampir cecah 4 flat. Course kitorang boleh tahan tough taw. Nak tahu tough ke x, meh cuba masuk course ni.

Actually banyak lagi hikmah yang aku dah nampak and tahu. Tapi macam dah panjang sangat ni.

Cuma nasihat aku, sekali gagal tak bermakna kau gagal selamanya. Allah simpan kejayaan untuk kau rasa manisnya kejayaan kau tu.

Siapa tak sedih bila kawan dah nak habis degree tapi kau masih diploma. Tapi percaya lah. Allah maha adil. Allah tahu apa yang terbaik untuk kau.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.