Header Ads

Ditinggal Bapa Dan Tinggal Di Pusat Snooker, Kisah Pelajar SPM Ini Sentuh Hati Ramai Orang




Baru-baru ada kisah pelajar spm yang viral di media sosial kerana mendapat keputusan cemerlang. Ramai yang memuji. 

Namun, kisah yang dikongsi oleh Puan Zaikhan Abdul Rahim pula berlainan. Kisah ini amat menyayat hati kerana pelajar perempuan ini dan adik beradiknya ditinggalkan bapa dan terpaksa berteduh di pusat snuker. 

Hidup merempat menumpang di pusat snuker bersama adik beradik yg lain. Inilah rumah mereka. Beraya berpuasa berteduh semua disini. Namun masih mampu utk cemerlang dlm SPM -6A 1B 1C. Inilah kejayaan yg amat bermakna utk adik Farrah Marcella, pelajar SMK Seri Kota Puteri Pasir Gudang Johor

Insya Allah saya punya kawan2 yang perihatin. Saya bercadang untuk membantu pengajian beliau seterusnya. Saya harap anda sudi utk sama2 membantu. Maklumat detail akan dimaklumkan nanti.

"Anak ini tidak berkemampuan..ditinggal bapa adik beradik ramai, xde rumah. Kerap tidak hadir ke sek n akhirnya dibuang sek masa ting 4, naik ting 5 dtg daftarkan diri sndiri..bbrp bln hilang lg...saya carik dia...saya lihat dia susah n jika saya x bantu merupakan 1 kerugian krn saya nampak dia ada potensi. 

Saya bawak dia balik umah saya jg dia..ajar dia..tuisyen kan dia..hanya dlm tempoh 2 bln setengah shj...akhirnya atas usaha dia juga yg x kenal erti penat...dia berjaya!...Allah....semoga dia terus diberikan kekuatan kecemerlangan dunia n akhirat."


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.