"Berhenti Belajar Kerana Masalah Kewangan"
Saya menulis disini sebagai tempat saya ringankan apa yang dah beratkan hati saya sejak 4 tahun lepas. Berat kerana menanggung hakikat bahawa menjadi pelajar universiti bukan perkara mudah. Saya dibesarkan oleh dua keluarga angkat sejak ditinggalkan ibu kandung kerana masalah kewangan dan perceraian dia dan ayah.
Keluarga angkat pertama, adik beradik lelaki dan perempuan, meninggal dunia sewaktu saya berumur 13 tahun. Keluarga kedua menjaga saya untuk 3 tahun seterusnya sehingga saya berumur 16, baru saya dipulangkan kembali oleh keluarga angkat kedua saya kepada keluarga asal.
Dunia dewasa dan tanggungjawab bukan perkara yang paling saya mahir dalam perjalanan saya membesar. Menguruskan duit dan masa terutamanya tidak diajar dengan baik sepanjang saya menuju dewasa. Saya hanya belajar dari kesilapan, dan kesilapan yang saya buat tu dah menular jadi barah.
Hutang yuran berjumlah lebih RM1500, terpaksa extend study sebab tersalah langkah mengambil salah majoring dan menanggung akibat kehabisan kontrak PTPTN dan terpaksa menanggung sendiri belanja pelajaran yang berbaki setahun. Keluarga yang mengharap kekuatan saya tak mampu menghulurkan bantuan kewangan secukupnya.
Kerap kali terfikir yang apa yang saya cuba jayakan di universiti ini cuma sia-sia dan jalan penyelesaiaan yang tinggal cuma lari dan abaikan. Saya tak akan mampu teruskan dengan hutang piutang (selain hutang yuran pelajaran) yang saya terpaksa ambil untuk survive, saya tak akan berjaya teruskan belajar dalam course yang bukan minat saya.
Passion saya pada seni dan saya menyedari perkara itu terlalu lambat dan proses/kos untuk menukar course bukanlah mudah/sedikit. Segenap arah saya di-push untuk jadi sempurna dalam kekurangan ini, saya jujur saya tak mampu. Zakat provision di universiti cuma diberi bulanan dan proses approval mengambil masa.
Parent yang berpisah dan duduk di Kelantan dan Sarawak merumitkan jalan saya mencari bantuan. Funding diberikan tak mencukupi untuk selesaikan semua masalah dan kekurangan (buku teks, belanja makan, pengurusan diri, yuran study).
Saya pernah menerima bantuan dari kuliah tapi funding itu terhenti sejak pertengahan tahun lepas dan tiada berita yang mereka akan teruskan. Mungkin kerana budget cut. Jujurnya saya menulis disini adalah untuk mencari jalan terakhir untuk saya terua survive untuk setahun lagi di sini.
Setahun sahaja lagi. Saya tak sampai hati untuk berhenti belajar tapi saya juga berat hati untuk teruskan. Depression and stress, saya tak mampu teruskan. The only way untuk saya survive hanyalah dengan ihsan sesiapa untuk membantu. Saya boleh survive setakat mampu dengan bantuan makanan di kampus dan sedikit huluran dari kakak tiri yang sudah berkeluarga, tapi setakat itu sahaja saya mampu.
Kalau tiada, mungkin saya akan buat keputusan drastik untuk berhenti. Saya tak mampu. Jujur, tak mampu.
Post a Comment