Bos Baik Hati Beri Hadiah Kereta Dan Rumah Kepada Pekerja
Memang jadi satu impian kalau dapat bos yang baik hati dan menjaga hal ehwal pekerjanya. Syoknya dapat bos baik hati macam ni. Sesuai sangat gelaran ‘Bos Paling Baik Di India’ diberi kepadanya.
Savji Dholakia, peneraju syarikat berlian Hari Krishna Exports, telah menghadiahkan lebih dari 1,200 kereta dan apartment kepada pekerjanya. Jumlah keseluruhan hadiah yang diberikan dianggarkan bernilai RM32.3 juta.
Walaupun majoriti pekerja di India lebih menggemari hadiah berupa wang tunai namun Savij lebih gemar memberikan hadiah dalam bentuk praktikal.
Menurut Savji, syarikatnya mempunyai hasil export bernilai lebih A$700 juta ke lebih 70 negara, tetapi tiada yang lebih bernilai daripada pekerjanya.
Post a Comment