Budak 7 Tahun Derita Sakit Kanser Mohon Dikebumi Bersama Ibunya
Terasa amat menyayat hati apabila mendengar rayuan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun agar dikebumikan bersama ibunya di dalam keranda yang sama supaya ibunya dapat menjaganya.
Memetik laporan Daily Mail, Filip Kwasny dari Colchester, Essex kini berada dalam keadaan tenat kerana menghidap leukimia sempat menyuarakan hasratnya itu selepas rawatan kemoterapi dan pemindahan sel induk gagal mengubati penyakitnya.
Orang ramai menyumbangkan wang untuk memenuhi hasratnya dikebumikan di Poland di dalam keranda ibunya yang turut meninggal dunia akibat kanser ketika Filip berusia dua tahun.
Filip didiagnos menghidap penyakit itu September tahun lalu dan ayahnya Piotr Kwasny, 40, berusaha mengumpulkan £6,500 (RM36,000) untuk menaikkan keranda isterinya yang dikebumikan lima tahun lalu bagi membolehkan Filip disemadikan di dalamnya.
Post a Comment