Header Ads

"Suami Ada 7 Adik Beradik, Seorang Pun Tak Mahu Jaga Mak Mereka Yang Dah Nyanyuk"




Saya nak minta pandangan semua melalui kisah rumahtangga saya. Saya sudah berkahwin 2 tahun. Sejak saya berkahwin dan baru masuk ke rumah sendiri bersama suami kami membawa ibu suami duduk bersama. 

Jadi apa saja dan kemana saja kami pergi kami bawa ibu suami bersama. Ibu suami ada masalah stroke jadi dia xdapat uruskan diri sendiri. Saya menjaga dia seperti ibu saya sendiri. Saya mandikan dia pd waktu pg dan tengah hari. Sampai la saya sedar lepas 3 bulan berkahwin saya hamil anak pertama kami. 

Alhamdulillah syukur. Walaupun dalam keadaan saya hamil saya masih uruskan ibu mertua saya. Mandikan dia, mop lantai sebab ibu mertua saya tidak merasa bila dia akan membuang air kecil atau besar malah saya masih lagi cuci najis dia dalam keadaan alah saya yang teruk. 

Apabila usia kandungan saya masuk 6 bulan saya sudah x dapat nak uruskan dia seperti selalu..kandungan semakin besar menyebabkn saya sukar untk uruskan dia. suami ada 7 adik beradik. 4 lelaki 3 perempuan. semuanya sibuk dengan kerja masing2. 

Mereka lepas tangan kepada saya dan suami untuk uruskan ibu mertua saya. saya terpaksa berhenti kerja untuk uruskan ibu mertua saya. Jadi sejak saya hamil 6 bulan saya tidak dapat membantu suami saya. Sedih tengok suami. Balik kerja mopkan lantai, mandikan ibu dia,uruskan pakai ibu dia. 

Suami saya terlalu baik bagi saya dan x sampai hati tengok suami penat balik kerja masih kena melakukan kerja dirumah. walaupn macam ni apa keadaan yg saya boleh bantu saya bantu. Apabila tiba masa saya hendak melahirkan anak kami hantar ibu ke kampung 2 minggu sebelum due date dan me minta tolong orang di kampung uruskan ibu mertua saya sementara tunggu tempoh saya bersalin. 

Selepas saya melahirkan anak kami yg pertama seminggu selepas saya bersalin kakak suami hantar ibu mertua saya kerumah. Memandangkan ibu mertua saya x mahu duduk berseorangan dirumah saya berpantang sendiri. Suami uruskan saya dlm pantang walaupun saya masih ada ibu bapa yg boleh uruskan saya tapi memandangkan keadaan ni saya ikut kehendak suami untuk berpantang sendiri. 

Selesai berpantang saya tidak punya banyak masa untuk uruskan ibu mertua saya. Kerana anak saya masih lg kecil. Semakin lama ibu mertua saya semakin teruk ingatan dia. Dia menuduh saya mencuri duit dia,baju dia,kain dia malah baju dalam dan seluar dalam kain dalam dia pun dia kata saya ambil. Bila suami tny makan ke x dia cakap belum. padahal dia dah makan. 

Kadang saya nk balik ke rumah saya untuk melawat ibu bapa saya di kampung menjadi terhalang dengan keadaan ni. suami saya ada banyak kursus dan kadangkala perlu bekerja diluar kawasan. Apabila suami kursus suami terpaksa bawa saya dan ibu mertua saya bersama memandangkan saya jauh daripada keluarga dan tiada yg saya kenal disini. 

Jadi apabila di hotel saya memang kena uruskan najis ibu mertua saya. Makin lama saya bersuara supaya keluarga suami yg lain dapat bantu untuk uruskn ibu mertua saya. Saya kerap bergaduh dengan suami sebab suami percayakn apa yg diadukn ibu dia. Saya dituduh menengking ibu mertua saya dan tidak berikan ibu mertua saya makan kononnya. 

Saya minta suami berbincang supaya masing perlu uruskan ibu mertua saya tapi suami menolak. Dan sekarang adik lelaki suami yg belum berkahwin dan baru sahaja habis diploma mahu tinggal bersama. Tapi saya tidak selesa dengan keadaan tu. adik ipar lelaki dan kakak ipar masih ada batas aurat. 

Ibu mertua saya kerap tertido dan suami bekerja. Kami akan tinggal berdua dan untuk elakkan sesuatu yg tidak elok berlaku saya tidak bersetuju untuk terima bahawa adik lelakinya akan duduk dengan kami. Suami sudah fikirkan yg saya tidak suka dgn keluarganya sebab itu saya tidak mahu adik ipar saya tinggal sebumbung. 

Saya tetap dgn keputusan saya tidak bersetuju untuk adik dia tinggal bersama. Tapi jika hanya mahu datang sekejap2 saya tidak keberatan. Saya memberi pndapat supaya adik suami tidak perlu cari pekerjaan lagi memandangkan dia baru habis diploma dan tiba masanya adik suami menjaga ibu mertua saya di kampung mereka serta berkorban sedikit masa. 

Tidak lama pun untuk menjaga orang tua. Ibu mertua saya dapat duit setiap bulan drpd hasil kutipan kelapa sawitnya ( upah org kutip dan dapat duit bulan2). Saya mencadangkan duit itu adik ipar saya ambil untuk menjaganya dan pandai lah bahagikan duit untuk perbelanjaan adik dan ibu mertua sepanjang tempoh penjagaan nya. 

Sekarang pon adik beradik suami mempertikaikan tentang duit ibu mertua saya. ibu x mahu tapi duit mahu. Astaghfirullahhalazim.. Itu pn saya beri pendapat bahawa tidak perlu lepas tangan kepada adik ipar. Apabila kami ingatkn ibu mertua kami ambil 3 minngu untuk menjaganya pula. 

Sama2 bahagikan masa untuk uruskan ibu mertua tidak la saya terlalu stress. Saya memendam banyak dalam hal ini. Kadang menangis sorang2.. Mengadu kepada suami tidak mahu di dengarkan krn bg dia saya tidak suka dgn ibunya. Sejujurnya saya banyak sakit hati dan makan hati. 

Nk diceritakan kepada kawan takut aibkn suami. Berdoa dan mengadu pada Allah tapi bila memendam perasaan ni tahu sajalh. Tiba2 rasa nk ja jauhkan diri dpd suami. Ibu suami selalu menganggu anak saya. Sekarang ank saya sudah satu tahun. pernah dibalingnya remote tv ke kepala anak saya, menendang walker anak saya..memberikan ibu jari kakinya kedalam mulut anak saya, dan pernah menghempuk tongkatnya kepada saya juga kerana memberontak untuk duduk di kampung. 

saya stress sgt.. Nk tinggalkan anak dlm bilik takut jatuh katil dan mengutip barang masuk ke mulut. Nak tinggal di ruang tamu takut diapa2kn oleh mertua. Mertua mempunyai masalah alzheimer. Tapi saya x salahkm ibu mertua krna saya juga akan tua dan tidak tahu nasib saya dikemudian hari. Saya cuma minta adik beradik yg lain sama2 mebantu mengurskan ibu mertua saya sebulan atau dua bulan sama2 ambil jaga tp ditolak.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.