Gadis Ini Tetap Setia Tunggu Kepulangan Ayahnya Walaupun Hilang Hampir 7 Tahun
"Walaupun sudah hampir tujuh tahun berlalu, kami dua beradik masih setia menunggu kepulangan ayah sejak dia hilang pada 8 Februari 2010."
"Walaupun ketika itu kami baru berusia 13 dan 14 tahun, kejadian itu seolah-olah baru berlaku dan masih segar dalam ingatan kami."
Demikianlah luahan hati Puteri Amira Adlina Rasidi, 20, yang merupakan anak kedua berhubung ayahnya Rasidi Jali yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Apartmen Jasmin, Setapak, namun dia dan abangnya, Putera Amirul Asyraff, 21, yakin bapanya masih hidup.
Mengimbas kembali kejadian itu, Puteri Amira berkata, bapanya yang ketika itu berusia 41 tahun dan bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wangsa Melawati disedari hilang oleh arwah ibunya, Wan Norana Wan Adnan, yang juga seorang guru. Arwah ibunya puas memanggil dan mencari ayahnya di kawasan sekitar namun gagal menemuinya.
"Kehilangan ayah umpama satu misteri kerana dia hilang dalam tempoh tidak sampai 10 minit selepas ibu turun ke bawah dan naik semula."
"Ayah juga tidak membawa wang, malah meninggalkan dompet mengandungi dokumen pengenalan diri, lesen memandu dan telefon bimbit."
Post a Comment