Pemandu Honda City Ini Terbabas Dan Terbalik, Apa Yang Terjadi Selepas Itu Buat Netizen Terperanjat
Had laju dilaksanakan kerana satu sebab yang mudah iaitu untuk keselamatan. Undang-undang dan peraturan sebenarnya adalah untuk kebaikkan diri kita juga jadi adalah lebih baik untuk kita mematuhinya. Terutama ketika waktu hujan dimana jarak penglihatan adalah amat terhad.
Seorang pemandu kereta jenis Honda City tidak bernasib baik apabila melalui selekoh jalan yang dilitupi air dan akhirnya mengalami kemalangan.
Video pemandu berkenaan juga menjadi viral di media sosial. Dalam video berkenaan jelas kelihatan kereta Honda itu memintas beberapa buah kereta sebelum terbabas akibat lopak air di jalan.
Kereta Honda tersebut nyaris melanggar sebuah lagi kereta jenis Avanza namun pemandu Avanza tersebut sempat mengelak.
Video tersebut memeranjatkan netizen dan ramai yang menghentam pemandu Honda City itu kerana memandu laju ketika dalam keadaan hujan. Netizen juga terperanjat dengan sikap pemandu lain yang hanya memerhati kereta yang sudah terbalik dan pergi tanpa memberi bantuan.
Post a Comment