Header Ads

Kanak-Kanak Berkaki Empat Hidup Seperti Normal Selepas Pembedahan Buang Kaki Di Leher




Seorang bayi yang dilahirkan dengan empat kaki dan dua tulang belakang kini boleh hidup seperti biasa.

Ia hasil kejayaan sepasukan pakar bedah di Hospital Kanak Kanak Advocate di Park Ridge, Illinois, Amerika Syarikat.

Memetik laporan Daily Mail, pembedahan dijalankan dengan bantuan lima puluh anggota pasukan perubatan termasuk lima pakar bedah.

Selepas lima hari, Dominique yang berasal dari Ivory Coast kini dilaporkan berada di bawah jagaan keluarga angkatnya.

Kes yang berlaku kepada Dominique, 10 bulan diklasifikasikan sebagai luar biasa. Dua kaki Dominique terletak di leher dan bahagian belakang badan


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.