"Kelu Mulut Dan Lidah Ingin Menggelar Kamu Sebagai Anak Bila Teringat Apa Yang Kamu Lakukan"
Bismillah.
Anak2ku..
Terpilihnya kamu sebagai anakku sudah ditentukan di Luh Mahfuz.
Aku sebagai ibu tidak pernah isi borang application untuk meminta kalian menjadi anakku dilahirkan dalam keluarga ini. Itu adalah ketentuan Tuhan kita.
Aku harus menerima keadaan dan perangai kalian yang begitu atau begini. Itu adalah takdir Dia.
Bukan hak kamu untuk berbangga atau merasa hina dengan bin dan binti ayahmu yang mulia itu.
Bukan juga hak kamu untuk menuding jari menyalahkan aku dan ayahmu jika ber’bin’ atau ber’binti’ dengan bapa yang kamu rasakan tidak sesuai kerana tidak dapat menurut segala kemahuanmu.
Jangan pernah menyalahkan ibu atau ayahmu semata-mata atas semua kekurangan, tanpa kamu sebut satu pun kelebihan kami sebagai orang tuamu. Aku bimbang jika kamu sibuk menuding jari dan mencari kesalahan orang tuamu ini hingga menyalahkan takdir dari Yang Maha Esa. Dan aku lebih takut ujian yang bakal kamu lalui lebih berat dari apa yang kami lalui sebagai orang tuamu. Bimbang kamu tak terganggung nanti kerana aku tahu kamu bukan sekuat kami.
Kami sesungguhnya telah diuji untuk menerima baik atau buriknya kamu. Sedangkan kamu, tidak pernah terlintas dihati dan fikiran bahawa kamu sanggup mengkhianati kami sebegitu rupa.
Jika ditakdirkan kamu mendapat keistimewaan, lebih kaya dan bahagia dengan apa yang terjadi, ketahuilah akan sampai suatu saat kamu terduduk dan menangis tanpa henti.
Bukan aku menyumpah kamu wahai anak! Tidak sama sekali!!! Tapi ketahuilah itu janji Allah buat sesiapa yang menyakiti ibunya. Lebih2 lagi kamu tega menghina dan memfitnah aku demi seorang lelaki yang baru kamu kenal???Tak tahukah kamu yang aku ini IBUMU??
Walau aku mengatakan maaf untukmu dimulut ini, tapi dihati ini tetap terdetik teganya kamu menyakiti dan mengkhianati orang tuamu.
Kamu akan rasa apa yang kamu lakukan pada kami kerana darah yang mengalir dalam jasadmu adalah darah aku. Aku ibumu yang kamu fitnah dan hina ini yang bertarung nyawa demi melahirkan kamu.
Kelu mulut dan lidah ingin menggelar kamu sebagai anak. Setiap saat dan detik, apabila teringat apa yang kamu lakukan itu, menyakitkan aku. Tunggulah waktu mu akan tiba juga. Moga ketika itu kamu mengerti perasaan aku sebagai Ibumu.
Andai Tuhan izinkan kamu membaca, cuma ini pesanku. Bertaubatlah. Hidupmu takkan ke mana tanpa restu orang tua ini. Walau kamu menafikan, aku tahu jauh di sudut hatimu kamu tidak tenteram sebenarnya. Itupun jika Tuhan belum cabut rasa berdosa itu. Jangan terlalu EGO dengan ibubapa.
Buat anak-anak perempuan di luar sana, hargailah dan taatilah ibubapa kamu. Walau apa berlaku sekalipun, jangan sesekali kalian tega menolak tepi orang tuamu. Ingatlah, DOA ibu tiada hijab. Cuma itu pesanku sebagai seorang Ibu.
Ampun Maaf.
Post a Comment